Nikmat yang tidak terduga.
Sekadar mencuba nasib.
Menghidupkan Lenovoku yang tidak berfungsi sejak.... sejak bila ya?
Sejak beberapa bulan boleh dikatakan.
Alhamdulillah, Lenovoku hidup semula setelah aku cuba menghidupkannya beberapa kali sebelum ini tetapi berfungsi.
Mungkin selama ini, Lenovoku tidak hilang fungsi tetapi sekadar mematikan diri membawa diri.
Mungkinkah merajuk ke alam sepi.
Ingin bersendiri.
Lantas, setelah dibiarkan menyendiri dengan sangkaan bahawa Lenovoku sudah hilang fungsi, tiba-tiba Lenovoku berfungsi seperti dahulu ketika hati ini sekadar mencuba nasib.
Ternyata, perkara ini satu nikmat yang tidak terduga.
No comments:
Post a Comment