Sunday, February 17, 2013

JUVANA dan ADIK MANJA RETURNS

Setelah menonton semula drama berepisod JUVANA (memandangkan drama berepisod ini pernah aku tontoni di dalam bilik C403 pada zaman pengajian di Universiti Malaya), kini aku sedang menonton filem ADIK MANJA RETURNS.

Drama berepisod JUVANA berkisar tentang segolongan pelajar lelaki yang bergurukan seorang guru wanita manakala filem ADIK MANJA RETURNS berkisar tentang segolongan pelajar perempuan yang bergurukan seorang guru lelaki.

Dalam JUVANA, Cikgu Zakiah merupakan watak utama yang telah memainkan peranan menghadapi segala cabaran untuk membentuk sahsiah pelajar lelaki dalam cerita ini manakala dalam ADIK MANJA RETURNS, Cikgu Azmi pula merupakan watak utama yang telah memainkan peranan menghadapi segala dugaan untuk mencorak sahsiah pelajar perempuan dalam cerita ini.

Drama berepisod JUVANA mempunyai versi filem tetapi belum aku tontoni manakala filem ADIK MANJA RETURNS adalah kesinambungan daripada filem 80-an yang popular iaitu ADIK MANJA.

No comments:

Post a Comment