Monday, February 11, 2013

Drama berepisod: Ejen Cinta

Semalam, aku menghabiskan masa menonton drama berepisod Ejen Cinta.

Berdasarkan klip video yang dimuatnaik di lelaman Youtube, Ejen Cinta mempunyai siri pertama dan kedua.

Namun hanya klip video Ejen Cinta siri kedua sahaja yang telah dimuatnaik.

Boleh dikatakan drama berepisod ini menarik.

Amat menarik.

Sangat menarik.

Sungguh menarik.

Apatah lagi drama berepisod ini dibintangi oleh Suhaila Salam iaitu artis Singapura yang amat aku minati.

Bukan sekadar meminati lakonannya yang mantap tetapi paras rupanya yang cantik dan penampilan dirinya yang menarik.

Drama berepisod Ejen Cinta ini mengenai watak Emilia yang sedang bangkit daripada kegagalan bercinta apabila pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat-saat terakhir apabila pengantin lelaki berubah fikiran.

Alhamdulillah, Emilia bangkit untuk mengatasi kekecewaan setelah enam bulan bermuram durja.

Tekadnya begitu kuat untuk membantu insan-insan lain yang belum bertemu jodohnya menerusi agensi yang diusahakannya sendiri.

Kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Emilia dalam usaha beliau yang murni ini begitu menyerlah.

:)

Tentulah sesebuah drama yang mempunyai unsur lucu mampu membuat aku terhibur dan meneruskan penontonan.


 

Artis Singapura yang aku minati iaitu Suhaila Salam dalam Ejen Cinta begitu berketrampilan.

No comments:

Post a Comment