Januari 2013 telah berlalu.
Terlalu sibuk dalam Januari 2013 berbanding dengan tiga tahun sebelum ini iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012 memandangkan aku bukan lagi pelajar tetapi pengajar.
Terlalu sebak dalam Januari 2013 kerana perlu menerima hakikat bahawa salah seorang pelajar yang kukenali pada pertengahan atau penghujung tahun lepas telah terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya yang dahsyat pada Isnin lalu iaitu 28 Januari 2013.
Februari 2013 telah tiba.
Kesibukan yang melanda belum berlalu.
Sebak di hati masih terasa.
No comments:
Post a Comment