Aku sedang menonton Cinta Dari Syurga di lelaman Youtube.
Minit ke-46.
Pelakon yang aku minati dan pelakon yang tidak aku minati berganding dalam cerekarama ini.
Pelakon yang aku minati ialah jelitawan Anzalna Nasir.
Manakala pelakon yang tidak aku minati ialah jelitawan Fouziah Gous.
Namun, dalam filem ini, kedua-dua Anzalna Nasir dan Fouziah Gous memainkan watak yang baik dan menarik.
Anzalna Nasir sebagai Hannan dan Fouziah Gous sebagai Damia.
Aku kecewa dengan watak utama yang diberi nama Zarul Aiman yang tidak memainkan peranannya sebagai seorang lelaki yang baik tetapi mengimpikan isteri yang baik.
Mungkin di situ silap ibu Zarul Aiman yang menekankan peri penting MEMILIH calon isteri yang baik sedangkan dia kurang mengetengahkan peri penting MENJADI calon suami yang baik.
Zarul Aiman kurang kesabaran, kurang kesantunan, kurang berbudi dan kurang berakhlak tetapi berpoligami sedangkan ketidaksempurnaannya tidak pernah direfleksi apatah lagi diperbaiki semasa bermonogami.
Terburu-buru dengan keputusan berpisah dengan Hannan dek cemburu.
Terburu-buru menghamburkan kata-kata merendahkan Hannan sebagai wanita tidak berakhlak.
Terburu-buru dengan keputusan bernikah dengan Damia dek kecewa.
Terburu-buru menghamburkan kata-kata merendahkan Damia sebagai isteri yang mandul.
Sejujurnya, pada kaca mataku, Zarul Aiman tidak layak berpoligami sedangkan dalam bermonogami, dia bukan suami yang baik.
Watak ketua keluarga seperti ini tentu akan memburukkan keindahan poligami yang ternyata sudah dipandang cacat oleh masyarakat sedangkan ketidaksempurnaan poligami bukanlah disebabkan sistem poligami itu tetapi berpunca daripada pelaku yang menerajui bahtera poligami.
Aku akan terus menonton Cinta Dari Syurga untuk melihat kesudahan jalan cerita ini.
Kecewa dengan watak Zarul Aiman.
Apa pun, aku tidak kecewa dengan watak Hannan lakonan Anzalna iaitu pelakon yang aku minati dan watak lakonan Fouziah iaitu pelakon yang tidak aku minati.
Entah siapa pelakon lelaki yang menjadi watak utama Zarul Aiman.
Kecewa dengan watak Zarul Aiman!
No comments:
Post a Comment