Jubah E sama warna dengan jubah B yang telah aku pesan.
Oleh sebab aku ingin meminggirkan warna merah jambu dalam pemakaian aku, aku tidak memilih jubah E.
Namun tidak aku nafikan bahawa mataku sering mencuri pandang akan jubah E sedangkan jubah B sudah ada di hadapan mata.
Dalam rasa jemu terhadap warna merah jambu, tidak aku nafikan bahawa aku tertarik kepada gandingan warna merah jambu dan warna hijau.
Manis dipandang mata.
Walaupun jubah H sama warna dengan jubah B dan jubah E, aku tidak berminat.
Akhirnya, aku telah mendapatkan jubah L pula kerana aku terpana dengan warna biru elektrik iaitu warna kegemaranku meskipun aku tidak begitu terpesona dengan corak pada jubah L.
$25 dibayar secara tunai kepada usahawanita itu sewaktu aku berada di rumahnya pada Jumaat lalu.
Aku telah berkunjung ke rumahnya untuk melihat sendiri dengan mata kepalaku akan koleksi dres labuh yang beliau pasarkan di lelaman sosial Facebook.
Maklumlah, melihat gambar pakaian di ruang Facebook tidak sepenuhnya tepat dan tidak semestinya sesuai untuk si pemakai.
Setelah melihat sendiri pakaian yang ada di hadapan mata, barulah rasa puas.
Jubah B dan L kini menjadi milikku.
"BiLa nak pakai?"
"BeLum lagi."
"BeLi sudah. Pakai BeLum!"
"BuLan depan k."
"BoLeh."
No comments:
Post a Comment