Antara rela dengan terpaksa, aku menyetujui separuh hati akan tanggungjawab yang diberikan.
Unit Tajaan (atau lebih tepat lagi pada pandanganku unit itu diberi nama Unit Dana (memandangkan hanya Restoran Rebung yang menaja kenduri ini sedangkan dana diperolehi daripada akademi, pensyarah dan hasil keuntungan perniagaan) telah memulakan perniagaan pada Isnin, 19 Mac 2012.
Perniagaan dijalankan di dataran Akademi Pengajian Melayu yang menjadi tumpuan utama para pelajar dan dikenali ramai sebagai 'foyer'.
Dua puluh orang pengurus yang dijadualkan bertugas paling kurang dua jam dalam seminggu telah sama-sama menjalankan tanggungjawab.
Berikut merupakan gambar-gambar yang dipetik
Bersiap siaga dari bilik C403 dengan produk yang didapatkan daripada seseorang yang pernah menjadi rakan sebilik iaitu Masyitah. Separuh hati menerima tawaran Khaidir disemarakkan dengan peluang yang datang tanpa diduga pada detik-detik terakhir iaitu cetusan idea menjual produk yang pada pandanganku lebih berhasil dan bermanfaat sebagai alternatif memandangkan piza dan donat tidak dapat dihantar.
Gadis berkulit cerah lagi berpenampilan ini bukan sekadar rakan sebilikku, bahkan 'setiausaha peribadi'ku sekaligus setiausahaku dalam Unit Tajaan. Namanya Nur Khairiyyah.
Kami sedang menantikan kedatangan teksi untuk ke 'foyer' Akademi Pengajian Melayu. Kelasku bermula pada jam 9 pagi.
Pengurus yang bertugas pada slot pertama dalam jadual pada hari pertama untuk minggu pertama berniaga ialah Nor Fathiah yang pelembut, taat dan tulus. Gadis baik hati ini bernama Nor Fathiah.
No comments:
Post a Comment