Bak jintan putih dan jintan manis yang dipertemukan dalam masakan Singapura iaitu Kacang Phool.
Aku dari Sekolah Menengah Bedok South.
Dia dari Sekolah Menengah Pasir Ris.
Kami tidak berkenalan sewaktu kami berada di sekolah menengah.
Kali pertama aku memandang dia adalah di Politeknik Singapura pada tahun 1997 tetapi kami tidak pernah berkawan.
Namun ramai kawannya dan kawanku yang saling mengenali.
Nurhana kawanku di sekolah rendah adalah kawannya di sekolah menengah.
Taufik kawan sekolah menengahku adalah kawannya di politeknik.
Amin kawan sekolah menengahnya adalah kawanku di politeknik.
Kalau disenaraikan, boleh dikatakan bahawa begitu ramai sekali 'mutual friends' antara aku dan dia sebelum kami menjalinkan persahabatan.
Aku mengambil langkah pertama untuk berinteraksi dengannya di lelaman sosial Friendster pada tahun .....
2004 atau 2005.
Aku tidak pasti sama ada 2004 atau 2005.
Oleh sebab status kami sama iaitu belum berumahtangga, maka persahabatan itu menemui keserasian seperti jintan putih dan jintan manis dalam masakan Kacang Phool.
Dia bak jintan putih dan aku bak jintan manis.
No comments:
Post a Comment