Urusan jual beli melalui internet ataupun 'online shopping'ku yang pertama boleh dikatakan tidak begitu sukses kerana saiz XS untuk jubah yang kupesan harus dipulangkan kepada usahawanita itu sebelum jubah baharu bersaiz S dihantar kepada pemesan iaitu aku.
Saiz XS!??
Aku telah pun menerima pesananku iaitu jubah B.
Aku dikenakan harga $26 untuk jubah ini termasuk harga setem untuk penghantaran.
Namun oleh sebab aku perlu memulangkan jubah bersaiz XS kepada usahawanita yang berurusan denganku, aku perlu mengeluarkan $1 lagi untuk setem.
Bagi pihak usahawanita itu pula, dia perlu membuat penghantaran kali kedua yang sekali lagi memerlukan setem bernilai $1.
Dalam mendapatkan harga yang lumayan bagi pesanan pakaian yang dilakukan secara 'online', kedua-dua pihak rugi kerana masing-masing perlu mengeluarkan $1 yang tidak dirancang dan dijangka untuk urusan memulangkan bagi pihak aku dan menghantar semula bagi pihak dia.
Itulah kekurangan membuat urusan jual beli menerusi internet apabila saiz pakaian tidak menepati saiz tubuh si pemakai.
Saat melihat bingkisan sudah sampai di rumah merupakan detik yang menggembirakan walhal bingkisan itu belum dibuka.
Hampa menerpa setelah pakaian itu dikenakan di tubuh si pemakai.
Walaupun hampa, tidak kecewa.
Semoga aku akan ber'online shopping' lagi.
No comments:
Post a Comment