Perasaan putus asa yang aku alami akibat daripada tekanan beban kerja telah aku lalui dan dapat aku atasi untuk kali ini.
Projek berteraskan IT yang bernilai 20% untuk setiap kelas menyesakkan jiwa.
Latihan daripada Buku Aktiviti dan Fail Bahasa Melayu yang bernilai 30% tetapi tidak disempurnakan daripada salah satu kelas mencelarukan minda.
Projek Rakaman & Penyampaian Lagu yang perlu dilaksanakan sebelum minggu hadapan dan perlu dikendalikan pada minggu hadapan menggegarkan perasaan.
Perkara-perkara inilah yang menimbulkan tekanan.
Aku rasa cukup terbeban.
Aku terdorong membuat keputusan untuk berhenti kerja serta-merta.
Alhamdulillah, berkat sokongan salah seorang guru yang baik hati dan ambil berat, aku kini lebih tenang.
Dia telah membantuku menyemak sebahagian daripada kertas ujian yang tidak mampu aku semak lagi kerana daya fokusku telah hilang akibat terlalu tertekan.
Apatah lagi, aku demam minggu lalu dan belum pulih sepenuhnya tetapi perlu berhadapan dengan beban kerja yang berat.
No comments:
Post a Comment