Pada Rabu lalu, aku telah menjalankan pengajaran tentang pantun.
Aku agak terkejut melihat pelajar-pelajar lelaki terkinja-kinja sewaktu menyanyikan lagu Melayu yang bertajuk Pandang Pandang Jeling Jeling memandangkan terdapat enam rangkap pantun dalam lagu yang indah ini.
Aksi yang tidak sesuai dan tidak manis dipertontonkan oleh mereka sewaktu aku meminta mereka tampil di hadapan kelas untuk menyanyikan lagu ini.
Mereka mampu menyanyikan lagu ini dengan bersemangat hingga aku berasa cukup terhibur.
Namun aku amat terkejut dengan tingkah laku mereka.
Aku mempertontonka klip video Pandang Pandang Jeling Jeling ini kepada mereka sewaktu mengajarkan pantun Melayu kepada mereka sebelum melaksanakan aktiviti mencipta baris maksud pantun.
Alhamdulillah, ada antara pelajarku yang mengetahui sedikit sebanyak tentang pantun dan mengenali lagu ini.
Keghairahan mereka sebenarnya mengujakan.
Namun keghairahan itu dizahirkan dengan aksi-aksi yang tidak seharusnya diperlihatkan.
Apa pun, aku gembira dengan keghairahan pelajar-pelajar Normal Teknikal yang menerima pengajaran tentang pantun.
No comments:
Post a Comment