Sebenarnya, gambar Rita Rudaini yang melakonkan watak Sarah jelas memancarkan kesuraman wajah manakala sinopsis cerita yang dibentangkan jelas menceritakan tentang nasib seorang wanita yang teraniaya dan dianiaya.
Aku tidak berminat untuk menontonnya kerana watak dan jalan ceita sebegini tentu mampu menjejas perasaan.
Oleh sebab episod terbaharu Sehangat Asmara yang amat aku nanti-nantikan belum dimuatnaikkan, aku seperti tiada pilihan lain.
Watak utama bagi watak hero pula langsung tidak mengujakan.
Namun, satu perkara yang paling menarik perhatianku adalah gandingan suami isteri iaitu Fauzi Nawawi dan Lisdawati bersama Rita Rudaini dalam drama ini.
Menarik perhatianku!
Beberapa tahun lalu, Lisdawati dan Rita pernah bergelut dan saling mengasari dalam kolam renang ketika rakaman untuk sebuah drama sedang dijalankan.
Mereka bukan sekadar berlakon pada waktu itu tetapi betul-betul bergelut dan saling mengasari kerana berkonflik.
Tidak silap aku, perkara itu berlaku pada tahun 2007 iaitu tahun yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Kini, mereka bertiga bertemu semula dalam sebuah drama bertajuk Kerana Sarah dengan Rita melakonkan watak protagonis manakala Lisda melakonkan watak antagonis.
Itulah perkara yang mengujakan.
No comments:
Post a Comment