Seandainya aku mampu bertahan dalam bidang perguruan di sekolah menengah hingga ke pertengahan tahun 2017, ternyata hakikat itu akan menakjubkan diriku sendiri.
Sejujurnya, aku tidak fikir aku mampu bertahan sampai tahun 2017 kerana hati kecilku kerap melafazkan bahawa aku telah berputus asa.
Mungkin paling lama pun aku menjadi guru sekolah menengah adalah selama 2 tahun sahaja.
Aku belum menemui keserasian dalam mendidik para remaja.
Aku amat serasi dengan kanak-kanak kerana mereka lebih mudah untuk dicorak.
5 tahun bersama kanak-kanak sebagai guru sekolah rendah cukup menghiburkan hati.
Namun, seperti yang pernah aku fikirkan sebelum ini, peralihan daripada sekolah rendah ke sekolah menengah adalah satu proses pembelajaran untukku berhadapan dengan cabaran hidup yang berbeza daripada sebelum ini.
Aku harap aku dapat bertahan selama 2 tahun dalam menghadapi cabaran ini.
Mampukah aku?
Aku fikir tidak.....
No comments:
Post a Comment