Sunday, October 5, 2014

R untuk Remaja

Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1308 mendefinisikan remaja sebagai mulai dewasa, sudah akil baligh atau sudah cukup umur untuk berkahwin.

Aku pernah melalui zaman remaja dan kini sebagai seorang guru di sekolah menengah, aku perlu berhadapan dengan golongan remaja.

Bukan mudah dan amat mencabar berhadapan dengan golongan remaja berbanding dengan golongan kanak-kanak kerana fokus mereka tidak sepenuhnya bahkan tidak separuh pun terhadap pelajaran.

Lantas, pendekatan yang aku ambil ialah mendidik dan mengajar mereka berasaskan dalam bulatan atau yang pendekatan yang sentiasa kuujarkan di dalam kelas ialah Learning Circle.

Oleh sebab kelas 3 Ekspres ini adalah kelas pertama yang menjalani sesi mempelajari peribahasa melalui Learning Circle, langkah-langkah yang perlu mereka lalui kurang kemas.

Mereka pula seperti biasa iaitu kurang bertenaga dan langsung tidak bersemangat.

Jika dibandingkan dengan kelas 3 Normal Akademik, bahkan kelas 2 Normal Akademik dan 1 Ekspres, ketiga-tiga kelas ini ternyata melibatkan diri secara aktif.

Inilah cabaran berhadapan dengan golongan remaja yang kurang motivasi diri terhadap  pelajaran.

Bukan semua yang kurang motivasi diri tetapi majoritinya, kelihatan begitu dan perlu disuntik daripada dalaman agar berminat untuk belajar.

Atas sebab itu, aku mimilih untuk menjalankan Learning Circle sekali dalam seminggu agar mereka lebih bebas beraktiviti dan lebih santai belajar.















Jawapan: takut titik lalu tumpah

Jawapan: tiada rotan akar berguna

Jawapan: biduk lalu kiambang bertaut

Jawapan: tukang tidak membuang kayu

Jawapan: besar kapal besar gelombang

Jawapan: sebab buah dikenal pohonnya

No comments:

Post a Comment