Friday, October 17, 2014

Membina Pembentung dengan Surat khabar: Rapuh atau Kukuh?

Semalam, mereka membina pembentung menggunakan penyedut minuman.

Pada hari ini, mereka membina pembentung menggunakan surat khabar.

Semalam, mereka berkomunikasi tanpa bercakap sewaktu melaksanakan aktiviti itu.

Pada hari ini, mereka dibenarkan untuk bercakap sewaktu mengusahakan aktiviti ini.

Semalam, dua perkara diberi perhatian.

Salah satunya ialah pentingnya komunikasi meskipun tanpa bertutur yang boleh diterjemahkan kepada komunikasi zaman ini yang bergantung kepada teknologi canggih.

Pada hari ini, beberapa perkara diberi penekanan.

Antaranya ialah pentingnya perancangan, perbincangan, persediaan dan pelaksanaan dalam membina pembentung yang kukuh.

Ternyata pembentung mereka pembentung yang rapuh.

Mereka diberi peluang kedua untuk membina pembentung yang lebih kukuh.

Alhamdulillah, tidak begitu kukuh tetapi tidak serapuh pembentung pertama.

Setelah mereka berjaya membina pembentung kedua yang lebih kukuh, mereka diminta untuk menggerakkan pembentung berikut 360 darjah dalam masa 2 minit.

Percubaan demi percubaan akhirnya berjumlah kepada 4 percubaan.

Alhamdulillah, Tahniah!

Bagi setiap percubaan, prestasi mereka meningkat dalam setiap percubaan meskipun mereka tidak dapat melengkapkan pusingan 360 darjah itu dalam masa 2 minit.


No comments:

Post a Comment