Monday, October 27, 2014

Pembelian pertamaku secara dalam talian dari luar negara


Produk yang pertama sekali kuterima ialah jubah yang dipesan dari Bogor, Indonesia. Alhamdulillah, aku berasa terhibur dan gembira apabila menerima pakej yang dihantar di hadapan rumah pada waktu yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Aku menjelaskan bayaran pada Khamis, 23 Oktober 2014. Pembekal yang bernama Sindy menjanjikan aku akan menerima produk ini pada Ahad, 26 Oktober atau Isnin, 27 Oktober. Namun, aku telah menerima pakej bak hadiah bertuah ini pada Sabtu, 25 Oktober, sepulangnya aku daripada program ekspedisi.


Pembelian pertamaku secara dalam talian yang melibatkan luar negara sejauh Indonesia, khusunya Bogor. Alhamdulillah. Walaupun modal $174 belum membuahkan hasil hingga ke hari ini kerana keenam-enam produkku belum dibeli oleh sesiapa, aku masih ingat akan perasaan bahagia dan teruja apabila menerima pakej ini yang dihantar melalui khidmat penghantaran penerbangan APX. Siapakah pembeli pertama produkku ini? Sejauh ini, aku sendiri yang telah memakai salah satu daripada enam jubah yang aku pesan sebagai percubaan. Jubah yang aku pilih berwarna merah jambu yang 'hot'.

Meskipun C N J berhasrat untuk melihat dan mencuba jubah berwarna 'mint green' ini dan aku tidak seharusnya menaruh harapan bahawa dia akan membeli jubah ini memandangkan jubah ini agak labuh dan kepanjangan lengan jubah mungkin tidak menepati ukuran lengan tangan C N J, sekurang-kurangnya aku harus bersyukur kerana C N J memberi respon kepada perniagaanku yang baru bertapak ini.



No comments:

Post a Comment