Inisiatif yang pertama melibatkan cetusan idea untuk bertemu semula dengan 3 orang pelajar perempuan yang bersamaku dalam tahun 1994 di kelas menengah 2E.
Kami merupakan para pelajar yang telah diberi peluang untuk bertukar aliran dari menengah normal kepada menengah ekspres.
Namun, hanya H sahaja yang memberi respons.
Inisiatif yang kedua melibatkan cetusan idea untuk bertemu semula dengan 15 orang pelajar perempuan yang bersamaku dalam tahun 1995 dan 1996 di kelas menengah ekspres.
Aku memilih S dan W sebagai 'orang kuat' untuk menggerakkan program ini.
Alhamdulillah, akhirnya S memberi respons kepada mesej dalam FB dan berlanjutan dalam Whatsapp.
Melalui S, aku mendapatkan nombor telefon bimbit W dan menghubunginya.
Alhamdulillah, kedua-dua mereka memberi respons yang baik bagi program yang aku cetuskan.
Semoga kami akan membuat perjanjian yang tepat untuk bertemu kerana buat masa sekarang, masih belum mendapat respons yang tetap tentang pertemuan kami bertiga untuk berbincang.
Alhamdulillah kerana mendapat respons sejauh ini sedangkan fikirku, tidak akan ada sambutan seperti inisiatif yang pertama.
No comments:
Post a Comment