Aku wujud di dalam rahim ibuku dengan kehendak dan izin Allah swt.
Aku wujud di dalam rahim ibuku melalui fitrah seorang lelaki dan seorang wanita yang telah sah bernikah.
Lelaki yang menyebabkan aku wujud di dalam rahim ibuku adalah bapaku yang kugelar 'Bapak'.
Maka hormatilah kaum lelaki kerana mereka diamanahkan menjadi khalifah untuk memimpin anak isteri serta masyarakat.
Sebagai seorang wanita, aku memerlukan teman hidup seorang lelaki yang mampu melindungi, mencintai dan memahamiku.
Aku berharap Allah swt yang Maha Mencipta dan Maha Mempertemukan tidak mengecewakanku dengan membiarkanku bersendirian dan berseorangan tanpa teman hidup seorang lelaki.
Sesungguhnya aku memerlukan seorang lelaki bernama suami dalam memenuhi fitrahku sebagai seorang wanita.
L untuk Lelaki
No comments:
Post a Comment