Wednesday, October 8, 2014

U untuk Universiti

U untuk Universiti.

Peluang belajar di universiti tidak pernah ada dalam perencanaan hidupku sebelum Jun 2008.

Setelah menjalani program serapan di Malaysia khususnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, maka terbuka pintu hati ini untuk mencari ilmu di Universiti Malaya.

Subhanallah.

Peluang belajar yang tidak ternilai.

Sayu-satunya pensyarah yang baik hati dan penyabar serta telah meninggalkan impak dalam hidupku ialah Dr Ibrahim Mohamad.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Mac tahun ini.

Innalillah.

Terlau banyak kenangan manis yag tercipta semasa aku belajar di Universiti Malaya.

Seandainya aku melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, Insha Allah aku tidak akan kembali ke Universiti Malaya.

Biarlah di universiti lain.

Mungkin universiti di Singapura sahaja.

Bukan Universiti Teknologi Nanyang tetapi Universiti Kebangsaan Singapura.

U untuk Universiti.

No comments:

Post a Comment