Saturday, January 29, 2011

Personaliti 2: Pelakon-pelakon wanita yang kuminati

Pelakon-pelakon wanita yang kuminati adalah


Nur Fazura Sharifuddin. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati lakonannya menerusi filem Gol N Gincu sebagai Puteri Farhana yang berjinak-jinak dengan futsal semata-mata untuk memenangi hati ex-boyfriendnya. Watak yang dimainkan Nur Fazura Sharufuddin memberi inspirasi kepadaku tentang kepimpinan kerana dia menjadi kapten kumpulan futsalnya yang berusaha membetulkan matlamatnya dalam berfutsal dan menyatukan ahli kumpulannya. Watak yang comel, menghiburkan dan sweet. Very feminine yet girlish!



Rozita Che Wan. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati watak ibu yang dilakonkan olehnya dalam drama TV9 iaitu Diari Ramadhan Rafique. Wataknya sentiasa tenang dan lemah lembut meskipun simple. Anggun. Memikat. Mempesonakan. Ciri keibuan, ciri seorang isteri dan ciri seorang anak mampu dilakonkan dengan baik dalam drama tersebut.  

Dan sejauh yang aku ingati tetapi aku tak pasti meskipun aku meyakini bahawa aku pernah menonton lakonannya dalam sebuah drama televisyen yang dipaparkan ketika aku di sekolah menengah suatu masa dahulu. Samada menengah 3 atau menengah 4. Lakonannya pada waktu itu adalah sebagai seorang 'office girl'. Lebih kurang begitulah. Mungkin dia. Mungkin tidak.



Rita Rudaini. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati lakonannya dalam drama cinta yang berjudul Kau Yang Kusayang. Rita Rudaini berlakon di samping Fahrin Ahmad. Sebuah kisah cinta yang bersemi sewaktu mereka kecil. Childhood love. Setelah terpisah sekian lama, mereka bertemu semula tetapi tidak mengenali. Namun di hati mereka berdua, masing-masing masih mengingati cinta pertama mereka sewaktu mereka kecil dahulu dan masih mencari cinta itu. A nice story.


Zaryn Min. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati watak yang dilakonkan olehnya dalam drama Tangisan Bulan Madu. Watak yang dilakonkan diberi perwatakan yang manja, tegas, vokal dan bijak. Meskipun dia bukan watak utama dalam drama tu, dia mampu menarik hatiku dengan lakonannya. Watak sokongan itu sendiri bagiku mempunyai kekuatannya yang tersendiri. 


Keempat-empat pelakon wanita ini berbakat dan paling penting, natural dengan lakonan mereka. Tidak buat-buat. Tidak mengada-ngada. Tidak memancing perhatian melalui gosip murahan meskipun mereka mempunyai isu-isu hangat yang dikaitkan dengan mereka. Namun, bagi aku mereka berbakat dan berperibadi sederhana dalam bidang seni lakonan. Itulah di antara ciri yang menarik minat aku terhadap mereka.

Lagi satu perkara. Setiap daripada mereka sungguh cantik. Physically attractive. :)





Bicara Kalbu Dan Fikrah: Cahaya....

Aku menaip post ni sambil mendengar lagu 'Cahaya'.

Lagu ni seolah-olah memanggil-manggil jiwa yang berada di dasar yang dalam.

Sebenarnya, teringat kepada suasana aku berada dalam kereta bersama Kak Fatin.

Aku terfikir apakah rahsia dan hikmah mengenali Kak Fatin.

Kami masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan.

Pernah kami bertelagah.

Pernah kami saling sakit hati.

Pernah kami sama-sama 'berjuang'.

Persahabatan ini akan menjangkau 10 tahun.

Itupun, sekian banyak kali persahabatan ini tenggelam timbul.

Namun, apabila aku berada di dalam keretanya pada 23 Januari lalu dengan disambut lagu-lagu nasyid yang berkumandang, suatu perasaan menyelinap ke dalam jiwa.

Perasaan rindu?

Harapan?

Antara rindu dan harapan?

Ada juga perasaan lelah.

Ada juga perasaan bimbang.

Entah.

Berada dalam kereta Kak Fatin, bersama Kak Fatin dengan diiringi lagu-lagu nasyid itu menyeru 'jiwa perjuangan zaman lalu'.

Aku sebenarnya tidak tahu dan tidak faham maksud 'perjuangan' kerana setelah melalui fasa itu, aku harus akui bahawa aku tidak tahu dan aku tidak mampu sebenarnya untuk memikul amanah itu.

Entah.

Cuma perasaan yang kian lama hilang telah menyinggah nurani ini.

Hanya Tuhan yang tahu rahsia dan hikmah aku mengenali dan merapati Kak Fatin dan seterusnya dia telah memperkenalkan aku kepada kehidupan dan kefahaman yang .................unik.

Hanya kepadaMu aku berserah, wahai Tuhan.

Aku tak tahu.

Aku tak mampu.

Namun aku harus akui, rindu itu seolah-olah terubat sedangkan aku sendiri tidak menyedari bahawa aku merindui.

"Cahaya....
Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini
Kepada Nur Muhammad
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini
Kepada Nur Muhammad
Cahaya penghubung hati dengan Allah"

Wednesday, January 26, 2011

Legasi 2: Muzik Malaysia

Pengenalan


Jenis Muzik dalam Konteks Budaya dan Masyarakat

Muzik di dunia ini digambarkan dengan berbagai-bagai istilah termasuk kata sifat seperti moden, kontemporari, rakyat, kesenian, klasik, pop atau popular, sinkretik, transnasional, accultured, bandaran dan lain-lain. Istilah tertentu yang digunakan untuk menerangkan muzik dalam satu-satu kebudayaan bergantung kepada sifat dan struktur kebudayaan itu dan juga faktor-faktor ekonomi dan politik. Jika diterima bahawa muzik merupakan sebahagian yang mustahak bagi kesempurnaan budaya, maka pertimbangan sifat kebudayaan itu sendiri adalah penting untuk memahami jenis-jenis dan bentuk muzik yang dicipta di dalamnya.

Di negeri-negeri di Malaysia terdapat banyak bentuk muzik yang mencerminkan ciri-ciri asli dan juga pengaruh luar yang telah diserap ke dalam masyarakat. Pada umumnya kita boleh menentukan muzik sebagai muzik klasik (biasanya di Asia Tenggara muzik ini dihubungkaitkan dengan budaya di istana), muzik rakyat, muzik seni dan muzik popular. Tetapi, kegunaan istilah-istilah ini (serta kategori lain) sebenarnya bergantung kepada keadaan sosial, ekonomi, politik dan jenis budaya di mana seni muzik diperkembangkan.


Teori Budaya

Istilah 'budaya rakyat' dan 'budaya istana' sebagai dua jenis budaya tertentu telah digunakan oleh ahli antropologis dengan menonjolkan ciri-ciri tertentu. Budaya rakyat biasanya dibezakan daripada budaya istana (atau budaya klasik). Istilah lain juga memperbezakan kedua-dua jenis budaya ini dalam peradaban, misalnya, istilah 'tradisi kecil' (budaya rakyat) dan 'tradisi besar' (budaya istana). Dalam hampir sema tamadun di dunia ini kedua-dua tradisi ini wujud serentak.

Mengikut ahli antropologis Redfield, tradisi besar berkembang melalui penulisan yang diajar secara sedar dan sistematis di sekolah-sekolah, masjid atau rumah berhala, dan istana. Tradisi besar biasanya terdapat di kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Komunikasi secara bertulis dan juga kegunaan teknologi semasa di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan. Oleh sebab itu kesedaran teori dan sejarah diketahui dengan jelas. Tradisi ini menonjolkan ciri-ciri kehalusan dan profesional dalam masyarakat bandar atau istana yang mengutamakan kepentingan institusi sosial dan kerajaan. Masyarakat bandar ini boleh mengalami perubahan secara pantas yang mementingkan daya cipta individu.

Berlainan dengan tradisi besar, tradisi kecil diperturunkan secara lisan di kampung-kampung dan kawasan desa secara bersahaja. Tradisi kecil yang dihubungkaitkan dengan budaya rakyat didokong oleh masyarakat yang biasanya tinggal di kawasan desa. Komunikasi secara lisan di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan walaupun sistem bertulis boleh wujud. Oleh sebab itu, kesedaran sejarah kurang jelas kerana tradisinya diperturunkan secara lisan sahaja. Perhubungan dan perlakuan anggota-anggota budaya rakyat dikawal oleh undang-undang yang dipersetujui bersama oleh mereka. Tambahan pula, masyarakat dalam tradisi kecil mengalami perubahan secara perlahan-lahan sahaja dalam masa yang panjang . Bekerjasama, berusaha dan bertindak secara komunal merupakan satu lagi ciri yang khas dalam tradisi kecil dan budaya rakyat.

Kedua-dua tradisi ini saling bergantung dan sentiasa mempengaruhi di antara satu sama lain. Dengan cara itu, sistem penulisan yang biasanya terdapat dalam tradisi besar boleh wujud dalam satu-satu kebudayaan yang tertentu yang mengekalkan banyak ciri budaya rakyat. Justeru itu, dijeniskan sebagai budaya rakyat. Para antropologis berpendapat bahawa budaya rakyat juga telah lama berhubung dengan budaya istana yang menjadi pusat-pusat pemikiran dan perkembangan institusi sosial, ekonomi dan politik sejak beratus-ratus tahun.


Dinukil daripada buku 'Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat Dan Sinkretik' oleh tulisan Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng yang diterbitkan The Asian Centre.

Wednesday, January 19, 2011

Nak Citer Ni: Sesi pertemuan dengan TNC jadi sesi mencipta pembayang pantun

Aku turun kerana Khairiyyah memaklumkan bahawa ada pertemuan dengan TNC di dewan.

Aku perlu menyambut seruan alam terlebih dahulu dan meminta Khairiyyah dan Masyitah ke dewan tanpaku.

Setibanya di dewan, Noreen di hadapan pintu.

Bersalaman .

She told me that the session started 15 minutes ago.

Huhuhuhu.

There is no seats left for me.

I have to stand at the back.

Few minutes later, aku keluar dewan.

Beli air kotak Ribena dan Milo.

Pesan roti telur sebungkus.

Salam Shidah and the gang.

Gurau-gurau dengan Shidah.

Dah lama tak nampak dia.

Tiba-tiba namaku dipanggil.

Jamilah dan Salam rupa-rupanya.

Mereka minta aku ciptakan pembayang pantun untuk mereka memandangkan esok mereka ada program seminar di API.

Salam jadi pengerusi.

Jadi dia perlu serangkap pantun untuk tutup majlis.

Ahakz. Best jugak! Jom layan.

So, dengan Microsoft Word pada laptop Salam, aku pun cuba-cuba cipta pantun.

First pembayang pantun, kena reject.

Second pembayang pantun, pun kena reject.

Third pembayang pantun, baru tak kena reject.

So, semata-mata turun nak ikut sesi pertemuan dengan TNC jadi sesi mencipta pembayang pantun di kantin pulak.

Actually, it does stimulate thinking and creativity.

Si Jamilah siap tanya, "Kak, burung kenari memang terbang sekawan ke?"

Aduhai, manalah Kak Noi tahu!

Tapi pertanyaan si Jamilah menunjukkan kepekaan dia kepada alam burung.

Ya lah, kalau nak cipta pantun sekalipun biarlah menggambarkan fenomena alam yang sebenar cos my first two lines are as such:

'Terbang tinggi si burung helang
Terbang sekawan burung kenari'

Pembayang pantun tu kena reject.

In the end, pembayang pantun ni yang diterima:

'Terbang tinggi si burung helang
Merentas terik cahya mentari'

Aku bukan orang sastera tapi sebagai orang Melayu, suka pantun dan berpantun tetapi tak pandai.

Walaupun sekadar cipta pembayang pantun, seronok jugak rasanya!

:)

Ahakz. Best!

Naik atas, makan roti telur dengan sos cili.

Kenyang pun kenyang.

Hati pun seronok walaupun sekadar mencipta pembayang pantun meskipun tujuan utama aku turun adalah menghadiri sesi pertemuan dengan TNC di dewan.

:)

Bicara Kalbu Dan Fikrah: Rintihan Cinta


Rintihan Cinta - Mawaddah

Aku tahu Engkau Tuhanku adalah Cinta Agung
Aku pun mahu mencintaiMu
Aku tahu mencintaiMu amat perlu

Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu

Oh banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupaku padaMu

Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian lupa lagi

Adakalanya lupaku padaMu
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala sedar kembali
Engkau Cinta Agung

Engkau patut dicintai
Selepas itu kulupa lagi
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan

Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmatMu
Bantulah aku mencintaiMu
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
Itulah harapanku padaMu

Oh banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupaku padaMu
Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian lupa lagi

Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Perkenankanlah............

18 Januari 2011.
Sungguh tidak aku mengerti.
Sungguh tidak aku fahami.
Entahlah.

Pasti ada didikan milikNya.
Pasti ada pengajaran daripadaNya.
Terimalah.

Terlalu selalu aku berlalai-lalai.
Terlalu selalu aku meleka-lekakan.
Sedarlah.

Kupinta keikhlasan hati.
Kupinta ketenangan jiwa.
Anugerahkanlah.

Ampuni aku kerana sentiasa alpa daripada mencintaiMu.
Ampuni aku kerana selalu lupa untuk mengagungkanMu.
Kasihanilah.

Monday, January 17, 2011

Nak Citer Ni: 2 minggu yang menduga

2 minggu di akademi yang menduga.

Permulaan semester yang langsung tidak memotivasikan.

Peluang mendaftar (log in) ke dalam sistem UMISISWEB semester lalu tepat jam 9 pagi pada tarikh 6 Disember 2010 ternyata BUKAN JAMINAN bahawa aku tidak akan mengalami tekanan membuat pendaftaran apabila semester bermula.

Terpaksa tempuh juga detik-detik menduga.

Inilah kali pertama stres hanya semata-mata membuat pendaftaran tetapi aku harus bersyukur jugalah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak cukup jam kredit kerana tidak mendapat tempat dan perlu mendaftar secara manual.

Kursus idaman iaitu Dokumentasi Digital tidak dapat aku ikuti kerana bertembung dengan kursus wajib iaitu Tatabahasa 3.

Aku harus katakan bahawa aku masih menaruh harapan agar aku dapat mengikuti kursus ini pada semester yang akan datang memandangkan aku meminati videografi.

Kursus pilihan iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu aku gugurkan dengan senang hati meskipun pada awalnya aku beria-ia dan teringin sangat mengikuti kursus ini.

Aku harus katakan bahawa aku senang hati menggugurkannya kerana bertukar persepsi 360 darjah tentang 'the whole thing' setelah menghadiri kelas pertama. GOOD BYE!

Kursus wajib iaitu Tatabahasa 3 menemukan aku sekali lagi dengan Kakak Ribenaku iaitu Kak Karmilah kerana kami sekumpulan tutorial dan sekumpulan untuk tugasan. Kali ini, kumpulan kami disertai dengan Adik Wan yang comel.

Aku harus katakan bahawa aku agak gementar untuk menghadapi Sintaksis memandangkan komponen bahasa ini lebih mencabar dibandingkan dengan komponen bahasa yang lain seperti Morfologi, Fonologi dan Semantik.

Moga-moga, aku fokus dan mula belajar secara konsisten mulai...... aiiittts hari inilah. Bukankah dah masuk hari pertama dalam minggu 3. Dah isnin pun. 17 Januari 2011.

Kalau sebelum ini, aku tak selak buku pun kerana minda celaru dengan hal ehwal pendaftaran modul. Nampaknya, kena mula membaca Tatabahasa Dewan dan buku-buku yang berkaitan dengan Sintaksis. Penting tu penting.

Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik berlaku sepanjang kecelaruan memilih, mendaftar, membuat keputusan dan menduduki kelas-kelas yang diadakan.

Sesuatu yang menarik bagiku mungkin tidak menarik bagi orang lain tetapi aku rasa pengalaman duduk kelas Bahasa Melayu & Komunikasi di bawah pimpinan Dr Indirawati membuka mata dan hati.

Sejujurnya, dia seorang wanita yang mengkagumkan. Kalau sebelum ini, pelbagai cerita yang aku dengar tentang pengajarannya hingga timbul rasa 'gerun' tetapi oleh sebab aku di dalam keadaan terdesak tempoh hari, aku duduki kelas itu untuk mencalonkan modul Bahasa Melayu & Komunikasi demi mencukupkan jam kredit.

Aku mengkaguminya kerana ketegasannya. Cantik dan tegas. Aku mengkaguminya kerana keyakinannya dan aku tidak mentafsir ketegasan dan keyakinannya sebagai ketakburan atau kesombongan melainkan she is just being firm and genuine.

Bertanya pada hatiku sendiri, aku memang akan pangkah seseorang yang ramah mesra dan menonjolkan diri sebagai seorang yang baik di hadapan orang sedangkan di belakang dia akan mentertawakan, memperlekehkan dan memburuk-burukkan nama orang lain. Kepuraan-puraan sebegini lebih menggerunkan dan aku benci kepuraan-puraan sebegini.

Bagi aku, Dr Indira adalah dirinya sendiri. Jujur. Itulah dia seadanya. Serius, berdisiplin tinggi dan tegas tetapi genuine. I really appreciate that.

OKlah, it's too early to say. Aku pun sekadar menduduki kelasnya hanya sekali itu tetapi hanya dengan menduduki kelasnya sekali itu sahaja, aku langsung tidak menyokong apa yang aku dengar selama ini.

Salahkah kalau seorang pensyarah meng'haram'kan deringan telefon bimbit di dalam kelas sedangkan dia sendiri tidak bawa telefon bimbit ke dalam kelas?

Bagi aku, tidak salah.

Salahkah kalau seorang pensyarah me'wajib'kan anak muridnya masuk ke dalam kelas lebih awal daripadanya sedangkan dia amat menepati masa.

Bagi aku, tidak salah.

Salahkah kalau seorang pensyarah....... actually banyak cerita yang diceritakan tapi jika kita fikir sejenak, cuba renungkan falsafah di sebalik kemahuan, keinginan dan kehendak Dr Indira itu.

Untuk kebaikan siapa? Dia atau kita sebagai pelajar? Sekali sekali, kita harus tepis ego kita dan merendahkan hati dengan guru kita....

Itulah yang hendak aku katakan tentang sesuatu yang menarik yang aku alami ketika berkesempatan berada dalam kelas Dr Indira. Sejujurnya, aku tertarik dengan kewibawaannya, keupayaannya menyampaikan ilmu dengan jelas dan sistematik serta ketegasannya. Subhanallah!

Apatah lagi jantungku kembang kuncup apabila dia melihat tepat pada mataku dan bertanyakan namaku. Ahakz. Mata bertentang mata. Kelu lidah tidak terkata.

Kursus Bahasa Melayu & Komunikasi akhirnya ditutup kerana kurang daripada 10 orang dsb.

Aku menaruh minat untuk menghadiri kelasnya yang lain terutama sekali Semantik memandangkan komponen bahasa ini memang amat aku minati dan aku dapati penting tetapi modul ini bertembung dengan modul Bahasa Melayu Lisan. I am not willing to let go of Bahasa Melayu Lisan.

InsyaAllah, semester hadapan aku ambil Semantik. Yakin tetapi tak boleh bermalas-malasan kerana Dr Indira expects regular, consistent and conscientious reading as well as research from her students. Nampaknya semester ni, aku kena latih diri konsistenkan pembacaan dan pencarian bahan bacaan untuk menempuh semester hadapan bersama Dr Indirawati.

Tentang Analisis pulak. Aduhai. Dalam hati, aku rasa macam nak gugurkan aje kursus Analisis ni tapi entahlah, after so much nak ke tak nak, nak ke tak nak, aku decide tempuh dan rempuh ajelah.

Lagipun Kak Karmilah needs 3 more credit hours. So, I think I should forgo my Bahasa Kanak-Kanak for her and stick to Analisis.

Sebenarnya, aku rasa amat bersalah dengan Kak Karmilah. Meskipun dia dah maafkan aku, aku sendiri belum meredhai perkara yang berlaku. Aku masih rasa terkilan. Aku sudah pun berjanji kepadanya dan aku yang menganjurkan dengan semangat Ribena agar kami berdua mengambil modul Semantik bersama-sama dan menggugurkan Bahasa Melayu Lisan. Hanya selepas Kak Karmilah menggugurkan kursus itu dalam sistem UMISISWEB, aku membuat keputusan untuk tidak menggugurkan Bahasa Melayu Lisan dan tidak jadi mengambil modul Semantik atas sebab peribadi. ADUHAI! AKU AMAT SANGAT SUNGGUH TERKILAN dengan peristiwa yang berlaku padahal Kak Karmilah mendapat kursus Bahasa Melayu Lisan itu setelah cuba mendaftar berkali-kali dan akhirnya direzekikan tanpa diduga dan disangka dengan tiba-tiba. Akhirnya, terlepas juga. Angkaranya aku! Aduhai aduhai.

So, these are my modules for my major Bahasa:
Tatabahasa 3
Analisis Bezaan & Analisis Kesilapan
Bahasa Melayu Lisan

These are my modules for my minor Seni:
Muzik Melayu Tradisi
Bentuk & Rupa Seni Persembahan Melayu
Pemasaran Produk Seni

Next time, aku citer pasal modul Seni pulak. Actually, modul Seni yang paling relax. Tak ada masalah mendaftar. Semua dan segalanya berjalan dengan lancar. :)

Aku dah mula yakin dan tenang dengan modul-modul yang aku pilih dan daftar walaupun sepanjang dua minggu tu, bergolak perasaan. Undecided. Indecisive. Finally, decision has to be made and has been made.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah diri dengan pilihan dengan pendaftaran modul semester ini.


2 minggu yang menduga telah pun berlalu.

Sunday, January 16, 2011

Bicara Kalbu & Fikrah: Mohon Dengan Sangat

Mohon dengan sangat


Ketika kalbu dan fikrah dua insan bertemu di hamparan sejadah
Ketika kalbu dan fikrah dua insan bertemu dalam himpunan doa
Ketika kalbu dan fikrah dua insan bertemu menagih simpati Allah
Ketika kalbu dan fikrah dua insan bertemu mendamba cinta yang cintakan Allah
Moga permohonan dua insan diperkenankan

Maka bermohonlah wahai dua insan
Bermohonlah dengan sangat



"Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"

Mohon dengan sangat

Friday, January 14, 2011

Tag Special Award: 4 Ciri Lelaki Idaman Untuk Dijadikan Suami

Terima kasih kepada Mimi Sya yang sudi mengetag.

Pertama kali ditag sebegini.

Soalan yang menarik.

OK, Kak Noi cuba.

4 CIRI LELAKI IDAMAN UNTUK DIJADIKAN SUAMI:



Ahakz. Gambar sekadar hiasan je tu. Jawapan Kak Noi ialah....


(1) LELAKI YANG INGIN SENTIASA MEMAHAMI.

Dalam erti kata yang luas, memahami tujuan hidup dan mati, tujuan berumahtangga, tujuan mencari ilmu, tujuan mencari rezeki, tujuan... apa-apa sahaja tujuan dalam meniti kehidupan ini. Memahami makna kehidupan yang sementara ini kerana apa dan untuk siapa. Seterusnya, kefahaman itu diterjemahkan kepada kelakuan.

Memahami isi kandungan Al Quran dan memahami cara hidup hamba pilihanNya, khususnya Rasulullah s.a.w berserta personaliti-personaliti unggul dalam sejarah.

Memahami saya, memahami kekurangan saya, memahami kelemahan diri saya, memahami mazmumah saya, memahami pemikiran, tindak-tanduk dan perasaan saya yang saya sendiri tidak fahami. Seterusnya, dapat menegur saya dengan berhikmah, membimbing saya dengan sabar dan memotivasi saya dengan prihatin.

Memahami dirinya sendiri juga kerana pasti saya ingin dia sama-sama memperbaiki diri andai kata tersilap atau tersalah dalam berfikir, bertindak atau berperasaan.

Berat juga ya permintaan ciri pertama saya ni. InsyaAllah, akan jadi mudah selagi mana kita ingin sentiasa memahami dengan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai wadah. Saya pun kena ingin sentiasa memahami. Perkataan 'ingin' dan 'sentiasa' penting kerana dengan keinginan, insyaAllah pasti akan dikurniakan jalan dan dengan kesentiasaan, insyaAllah apa segala yang berlaku di sekeliling kita menjadi bahan pengetahuan.

Ya Allah, jadikan kami insan yang ingin sentiasa memahami setiap perintahMu..... Hanya Engkau yang akan mempertemukan kami kan? Huhuhuhu


(2) LELAKI YANG BERBUDI

Akal budinya, hati budinya, budi bahasanya, budi pekertinya, budi bicaranya sekalipun tidak sempurna, sekurang-kurangnya elok. Namun, pancaran budi dalam dirinya adalah di atas sokongan ciri yang pertama iaitu dia memahami. Mana mungkin dia berbudi tanpa memahami kerana apa dan untuk siapa dia berbudi? Takut-takut, kita berbudi kerana perhatian manusia, pengiktirafan manusia, pujian manusia dan yang sewaktu dengannya. Sedangkan, apakah tujuan hidup dan mati kita. Huhuhuhu. (Tanya macam faham!)

Moga-moga si dia dapat menegur saya dengan berhikmah, membimbing saya dengn sabar dan memotivasi saya dengan prihatin andai kata saya pula yang tidak berbudi ataupun berbudi tetapi tanpa memahami tujuan sebenar saya berbudi.

Ya Allah, jadikan kami insan yang berbudi kerana memahami bahawa kami adalah hambaMu semata-mata. Hanya Engkau yang akan mempermudahkan pertemuan kami kan? Huhuhuhu.


(3) LELAKI YANG TERHINDAR DARI GEJALA SOSIAL DAN FITNAH AKHIR ZAMAN

Hati pasti menjadi cemas melihat berlakunya peristiwa Ustaz yang tergamak meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dirinya kelihatan berada di tepi pantai atau di dalam panggung wayang dengan seorang wanita yang lain. Hati menjadi takut andai perkara sebegitu menimpa diri ini.

Hati menjadi ragu andai kata suami sendiri mengizinkan wanita lain (yang tidak ada pertalian darah) sekereta atau membonceng motosikalnya.

Aduhai aduhai. Tentulah remuk-redam, gundah-gulana, hancur-luluh dan berkecai-kecai pecah berderai hati ini.

Sekalipun si dia ingin sentiasa memahami dan menterjemahkan kefahamannya dalam bentuk kelakuan dan berbudi, aku sangat berharap Dia sentiasa melindungi si dia agar terhindar dari gejala sosial dan segala fitnah. Maklumlah, kehidupan pada zaman ini sangat mencabar. Iman seorang lelaki sentiasa diuji. Apatah lagi andai yang menguji adalah wanita yang bukan isteri. Aduhai aduhai.

Kalau suatu hari, dia jatuh hati sekali lagi, aku bermohon dua perkara. Pertama, bukanlah dengan cara yang salah seperti mempunyai girlfriend setelah berumahtangga, mempunyai perempuan simpanan, nikah senyap-senyap atau nikah di Thailand atau yang sewaktu dengannya. Kedua, bukanlah dengan seseorang yang aku tidak serasi dan restui. Sedangkan, ramai lagi wanita yang boleh dipilih asalkan bukan dengan seseorang yang AKU MEMANG DAH PANGKAH atau mempunyai CIRI-CIRI YANG PATUT AKU PANGKAH. Aduhai aduhai.

Libatkanlah isterimu ini dalam pemilihan berpoligami. Ambil kiralah pandangan isterimu ini kerana yang akan menempuh hidup berpoligami, isterimu ini juga. Usah pentingkan diri kerana aku wanita biasa.

Aku bukanlah seseorang yang anti-poligami. InsyaAllah pro-poligami. Namun, sejauh ini dua sahaja permintaanku iaitu lakukanlah dengan cara yang betul dan SAMA-SAMALAH KITA PILIH wanita yang betul.

Bukan sekadar diuji wanita, adakala lelaki diuji dengan harta. Sebagai contoh, skim pulangan wang yang berkoyan-koyan dengan sekelip mata sedangkan di situ ada unsur riba' dan yang sewaktunya.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala gejala sosial dan fitnah akhir zaman.


(4) LELAKI YANG BERPENAMPILAN MENARIK (PHYSICALLY ATTRACTIVE)

Setiap lelaki mempunyainya tetapi nilai tarikannya tidaklah sama. Ada lelaki menarik kerana senyumannya yang manis. Ada lelaki menarik kerana lesung pipitnya yang comel. Ada lelaki menarik kerana warna kulitnya. Ada lelaki menarik kerana sinar matanya. Ada lelaki menarik kerana cara dia berbual. Ada lelaki menarik kerana cara dia berjalan.

Pokoknya, setiap lelaki menarik dan aku boleh tertarik dengan ciri-ciri fizikal yang tertentu dalam diri seseorang.

Sejauh ini, aku pasti akan tertarik pada wajah yang jernih kerana di situlah ketenangan, kejujuran dan kesederhanannya mencairkan hati. Aduhai aduhai.



TIPS UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN DENGAN PASANGAN

Aduhai aduhai. Pasal takde tipslah, sebab tu asyik fall in and fall out of love. Ahakz.

Ustazah Kak Noi kata tips bercinta adalah cintakan Allah kerana cinta itu cinta yang paling agung dan suci. Allah akan mempertemukan dengan insan yang juga mencintai Allah.

Itu kata Ustazah Kak Noi lah tapi Kak Noi aduhai aduhai nakal.

Kak Noi masih bertatih dalam mencintai Allah.

Aduhai aduhai masih banyak yang tak faham tapi akan sentiasa ingin memahami, InsyaAllah.

Ya Allah, fahamkan aku tentang cinta kepadaMu kerana aku ini hamba yang nakal.



DOA PENDEKAT JODOH DAN PUTUS CINTA

Alahai Kak Noi doalah ikut kata hati.

"Ya Allah, kau pertemukanlah dan permudahkanlah urusan jodoh kami andai si dia terbaik untuk hidupku di dunia dan di akhirat."

Kalau tak jadi, bukan bererti si dia tu tak baik atau jahat tetapi pasti ada yang Allah nak hindarkan daripada terjadi kot.

Mungkin tidak serasi atau secocok tapi bukan kerana si dia tu tak baik atau jahat.

Sampai si sini sahaja 'post' Tag Special Award.

Thanks a lot for the opportunity, Mimi Sya.

Tuesday, January 11, 2011

Warkah Cinta: Surah Ibrahim Ayat 7

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat."

(Surah Ibrahim Ayat 7)

Jika aku bersyukur, Allah janji Allah akan tambah nikmat itu untukku.

Jika aku mengingkari pula nikmat Allah itu, Allah janji Allah akan memberi azab yang berat.

Aku nak jadi insan yang mensyukuri nikmat tapi aku harus akui aku selalu terleka dan alpa.

Di antara nikmat yang aku hargai adalah terelaknya aku daripada memperolehi C atau B- untuk kertas Penterjemahan dan kertas PMBI pada semester lalu.

Bagi aku, nikmat ini sudah cukup membahagiakan kerana sedapat mungkin, aku tidak mahu mengulangi sejarah Semester 1 yang tidak begitu seronok untuk difikirkan.

Namun, apa pun jua, Semester 1 sudah berlalu.

Apa sahaja keputusan yang diperolehi pada Semester 1 harus disyukuri.

Bukankah Allah sudah berjanji bahawa Allah akan menambah nikmat andai kita bersyukur.

Bersyukurlah wahai diriku.

Berterima kasihlah selalu wahai diriku.

Pada hakikatnya, doa dan harapanku untuk Semester 2 dan Semester 3 telah Allah makbulkan.

Belajar untuk sentiasa bersyukur ya wahai diriku.

Dalam apa jua keadaan, belajar untuk bersyukur ya dengan melihat kebaikan dan menghitung nikmat.

Apabila berlakunya perkara yang buruk dan ujian yang berat, mintalah perlindungan Tuhan yang Maha Mengasihani.

Tiada siapa yang dapat menghilangkan rasa cemas, bimbang dan takut di hati.

Ya Allah, yakinkan aku bahawa Engkau adalah sebaik-baik pelindung kerana aku selalu terleka dan alpa.

Moga syukurku dan terima kasihku kepadaMu kian bertambah dan bercambah.

Nak Citer Ni: Piza paling enak, lazat dan sedap dalam hidup

Christmas Special Cheesy 7 Pizza <span>@</span> Pizza Hut

Inilah piza paling enak, lazat dan sedap yang pernah aku makan sepanjang hidup aku. Nama piza ini ialah Christmas Special Cheesy 7 Pizza. Aduhai Aduhai. Enak, lazat, sedap! NIKMAT SUNGGUH!

Tapi seperti biasa, aku tak kuat makan. 2 keping dah mencukupi buat masa tu. Setibanya aku di KL pada hari Sabtu 1 Januari 2011, aku ke Mid Valley keesokan harinya untuk mencari piza ni di Pizza Hut. Huhuhuhu. Sayang seribu kali sayang, tak ada piza ni dalam menu mereka.

Keenakan, kelazatan dan kesedapan Christmas Special Cheesy 7 Pizza ni tak dapat aku gambarkan kerana kosa kata aku amat terhad. 'Enak', 'sedap' dan 'lazat'. Itu je yang mampu aku gunakan. Ahakz. Tapi percayalah, memang piza ni paling enak, sedap  dan lazat yang pernah aku makan sepanjang hidup aku sejauh ni. Aduhai Aduhai. Kalau masih tak yakin, kena makan piza ni. Pasti akan terasa seolah-olah inilah makna piza yang sebenar.

Piza ni pun hanya dipromosikan di Pizza Hut sempena perayaan Christmas. Bererti, piza ni takkan ada dalam menu lagi. Kira beruntunglah aku dapat makan piza seenak, sesedap dan selazat ni. Tapi aku nak orang lain rasa jugak piza ni. Pasti akan tersenyum dan berpuas hati.

Kalau piza ni masih ada dalam menu Pizza Hut, rombongan ke Singapura untuk makan piza ni harus segera dilaksanakan. Ahakz. Apa kata aku taip emel maklumbalas kat Pizza Hut Singapore untuk yakinkan mereka bahawa piza ni seharusnya diteruskan adanya dalam menu mereka sehari-hari. Why not?

Sekarang ni, aku hanya mampu untuk cuba mengingati rasanya tetapi nikmat keenakan, kelazatan dan kesedapannya hanya sekali tu je. Piza ni telah aku nikmati di Pizza Hut Jurong Point pada malam tahun baharu iaitu pada hari Jumaat 31 Disember 2010 setelah selesai urusan videocam aku di Challenger.

Nikmat! Aduhai Aduhai!

(Gambar bersumber dari http://www.foodspotting.com/reviews/257254)

Sunday, January 9, 2011

Bicara Kalbu & Fikrah: Adik-adik APMku yang baik

Semester 4 bermula pada 3 Januari lalu iaitu hari Isnin.

Di dalam kocek beg aku tu, tersimpan videocam Canonku. Seperti biasa, videocam menjadi teman setia yang merakam kelakuan insan-insan di hadapan mataku dan peristiwa yang berlaku dalam hidupku. Namun, antara kekok, segan dan tak ingat, videocam tu tersorok dalam kocek beg.

Keceriaan terasa apabila aku dapat kembali berada di APM pada Isnin lalu. Seronok dan gembira dapat melihat adik-adik APM termasuk seorang kakak iaitu Kak Karmilah.

Kelas pertamaku pada hari Isnin, 3 Januari 2010 2011 adalah Bahasa Melayu Lisan. Sejurus aku masuk ke dalam bilik Tembusu, kelas dah penuh. Aku tak pasti sama ada aku harus keluar untuk mendapatkan kerusi atau tunggu sahaja Dr Ibrahim fikirkan di mana aku harus duduk. Keluarlah....

Alhamdulillah, Kamarulzaman telah memberi isyarat non verbal bahawa kerusi di sebelahnya kosong tetapi itu bererti aku harus masuk ke dalam sekali. At least ada tempat duduk. Alhamdulillah! Baik ah Kamarul!

Tapi lecehlah pulak nak masuk ke dalam. Jadi, aku pun ambil jalan shortcut meminta adik-adik di barisan tu beranjak tempat demi memberi tempat kepada kakak mereka yang tidak ada tempat ni. Terima kasih adik-adik!

Aku pun melabuhkan punggung. Di sebelah kiriku, Abu Bakar. Di sebelah kiri Abu Bakar, Awang Azhar. Di sebelah kiri Awang Azhar, hmmmm.... lupalah pulak siapa. Di hujung sekali Kamarulzaman. Di bahagian hadapan, Mohamad yang aku selalu usik dengan panggilan Ustaz. Di bahagian hadapan sekali, sebelah kanan Wan. Wan yang comel tu. Rezuan nama penuh dia tapi tak pasti ejaan aku tu betul ke tidak.

Di belakang aku, Atiqah. Aku bertanya kepadanya di mana Wahida dan Hasila. Maklumlah, boleh dikatakan rindu jugak dengan Wahida dan Hasila memandangkan gadis berdua inilah yang menjadi teman setiaku dalam setiap kelas yang kami duduki sepanjang Semester 3 lalu.

Tatabahasa 2 dengan Wahida dan Hasila. Seni Busana, Seni Bina dan Drama & Media dengan Wahida dan Hasila. Penterjemahan dengan Wahida dan Hasila. Tutorial PMBI pun dengan Wahida dan Hasila. Sekaligus, jodoh kami yang sentiasa sekelas dalam Semester 3 merapatkan kami. Mereka manja dan berbudi bahasa. Ikhlas, jujur dan simple. Aku suka berkawan dengan mereka dan menyayangi mereka. Faham-fahamlah, tak ada adik perempuan.

Sewaktu mak hamil dan keguguran baby dalam kandungan, aku rasa sedih sebab aku nak baby mak tu. Baby mak tu adik-adik aku lah. Huhuhu. Mak hamil anak kembar tetapi belum pun mencecah empat bulan, kandungan mak tu gugur. Tragedi tu menimpa mak pada tahun 1988. Mak jatuh terhentak dua kali.

Kali pertama mak jatuh terhentak ketika dia sedang mengemop lantai. Lantai tu licin. Kali kedua mak jatuh terhentak ketika dia dilanggar oleh penunggang basikal di depan rumah lama. That was a great blow! Akhirnya, aku kehilangan bakal adikku. Tak kami sangka, rupa-rupanya mak hamil 2 orang baby. Baby kembar. Memandangkan belum 4 bulan, masih janin lah. (Air mataku tengah bergenang ni... Aduhai.)

Jadi, mungkin sebab tu kot kasih sayang untuk adik perempuan mencurah-curah sikit. Aku nak sangat ada adik kandung perempuan tapi ditakdirkan aku tak dapat adik kandung perempuan.

Alhamdulillah. Allah yang Maha Pemurah memberi rezeki adik-adik yang berbagai-bagai ragam dan keletah. Masa dan situasi telah merapatkan aku dengan segelintir daripada adik-adik APM ni. Bahkan, FB telah memainkan peranan yang cukup besar dalam menjalinkan hubungan adik-kakak yang lebih baik dan mesra. Kalau tanpa FB, proses berhubung agak slow atau susah sikit. Terima kasih FB!

Sejujurnya, aku bahagia dengan kehadiran mereka. Mereka mampu mengukirkan senyuman pada wajah ini dan hati ini terhibur dengan kebaikan mereka yang kadang kala aku rasakan, inilah yang tidak pernah aku perolehi sebelum ini?

Semester ini, nampaknya aku akan tidak lagi dapat melihat Wahida dan Hasila sekerap dahulu. Mungkin juga, hubungan itu tidak lagi seakrab? Harap-harap tidaklah renggang.

Apabila hati mula menyayangi, begitulah rasanya. Rasa kehilangan jugak apabila aku ditempatkan dalam keadaan yang berbeza. Mereka ok je? Aku lak yang emosi. Apa hal! Haiz. Baru terpisah kelas. Belum berpisah as in graduate from UM.

Cepat masa berlalu. Kita sudah menempuh setahun setengah. Sekarang, semester 4. Semester terakhir sebagai pelajar tahun 2. Semester hadapan, tahun 3. Tahun 3 bererti final year. Final year bererti hampir tamat pengajian. Ya Allah, kenapa hati aku di sini?

Hari pertama tu, aku, Khairiyyah dan Sharifah bercadang nak minum teh tarik. Dah lama kami bertiga tak bersama begini. Terubat rindu bersama mereka dalam keceriaan dapat bersama seperti mana terubat rinduku melihat Dr Ibrahim dalam kelas Bahasa Melayu Lisan dalam bilik Tembusu pagi tadi.

Sewaktu kami berjalan masuk ke dalam cafe dan melihat-lihat lauk yang ada, kami decide untuk duduk di luar sahaja. Tiba-tiba, namaku dipanggil. Kak Karmilah rupa-rupanya. Di meja yang sama tu ada Kahar dan Fouad. Fouad memberi isyarat tangan seolah-olah menerepong ke arah kami. Ahakz!

Beberapa hari yang lalu, kami berinteraksi di ruang chat FB. Dalam perbualan kami di ruang chat, salah satu perkara yang berlaku adalah aku meluahkan bahawa aku segan dengan dia kerana dia kurang senyum. Katanya, otot-otot mukanya memang begitu! Amboi! Setelah dua kali aku membuat complaint yang sama kepada dia, dia kata dia akan senyum. Ahakz! Tu lah pasal agaknya dia main teropong-teropong. OKlah. Boleh terimalah sebagai gesture mesra masyarakat. Alhamdulillah.

One of the beautiful things happened on the next day and that was Tuesday, 4th January 2010 2011. Awang Azhar lah. Baiknya dia. Tak sangka usikan aku yang asyik menyebut-nyebut 'Kek Lapis Sarawak' dalam ruang FB dan hari semalamnya ketika aku duduk sebaris dengan dia di dalam kelas BM Lisan menjadi satu rezeki bergolek. Ahakz. Betul-betul dia memang dah belikan Kek Lapis Sarawak. Dari Sarawak, kek tu diterbangkan. Terharu rasa hati ini apabila Awang Azhar buat macam tu. Bestnyer dapat Adik yang prihatin dan murah hati macam Awang Azhar. Tak sangka gurauanku diterjemahkan menjadi perkara yang betul-betul diberikan kepadaku dan menggembirakan hatiku. Kek Lapis Sarawak tu memang enak. Cuma yang kurang, aku tak bancuh teh O untuk makan dengan Kek Lapis Sarawak tu. Cuma yang aku tak lakukan adalah gunakan videocam untuk rakam pemberian Awang Azhar tu sebagai kenang-kenangan.

Bukankah videocam tu aku beli untuk rakam peristiwa yang berlaku di UM. Hmm, nampaknya aku telah men'underutilise' videocam aku tu.

Sebenarnya, I was down on Tuesday. Something personal happened. Aku tak tahu bagaimana nak rasa dan bertindak. Moga Tuhan membimbing aku dan meleraikan yang kusut. Minda dan hati tengah sama-sama kusut.

Pada hari yang sama aku terima Kek Lapis Sarawak tu yang menggembirakan aku, aku sedih dengan perkara yang lain. Nak dijadikan carita....

Hafizi yang pendiam dalam kelas PMBI semester lepas pulak menggembirakan hati.

I saw his videoclip on FB pasal lagu nasyid Siti Khadijah. Aku tanya dia kalau ada nasyid lagu tentang Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail. Memandangkan secara peribadi, wanita Siti Hajar adalah salah seorang wanita yang paling aku kagumi dalam hidup ini. Sejarah hidup dan ujian yang ditempuh oleh Siti Hajar sentiasa menjadi penguat semangat ketika aku kehampaan, kehilangan dan kelemahan.

Tak aku sangka lagi, si Hafizi betul-betul carikan nasyid tu. Entah kat mana. Aku rasa dalam laptop dia mesti ada beribu-ribu lagu nasyid. Memang ada. Itulah pengakuannya. Huhuhuhu. Perkara yang mengharukan perasaan adalah dia emel lagu tentang Siti Hajar yang bertajuk Sejarah Pengorbanan daripada kumpulan Hijjaz tu kepada aku.

Terharu.  Hanya Tuhan yang tahu.

Subhanallah! All I can say is I really appreciate the gift that you send me, dear Allah. Seorang beri Kek Lapis Sarawak. Seorang beri lagu. Aduhai aduhai. Jiwa lembutku terasa nikmatnya. Kalau aku ada adik kandung perempuan, tentu aku calonkan mereka jadi adik ipar aku. Ahakz.

Adik kandung perempuan takde. Kan dah citer tadi. Adik-adik kembarku tidak ditakdirkan hidup. Janin mereka telah diserah pulang kepada Zat yang meletakannya di dalam rahim mak suatu masa dahulu....

Apa pun, setelah aku berfikir, apa ertinya aku bersedih dan melayan kesedihan yang berlaku sedangkan pada hari yang sama, dua orang adik yang baik telah melakukan kebaikan dan aku seharusnya bersyukur dan gembira.

Alhamdulillah, adik-adikku di UM, khususnya Akademi Pengajian Melayu adalah adika-adik yang baik. Moga Engkau selalu pimpin mereka dalam segenap kehidupan mereka dan menjadikan mereka role model dalam masyarakat.

Amiin...ya Rabbal Alamin.

Saturday, January 8, 2011

Bicara Kalbu & Fikrah: Mail Mahu Kahwin

Ahad 26 Disember 2010:

Alhamdulillah. Melihat wajah gembira dan puas hati Adik Mail and his wife to-be clinched a deal with Bizkode for his wedding video and montage sekaligus menggembirakan dan memuaskan hatiku. Layanan atau khidmat Bizkode since the first day we met them at the Wedding Fair (Singapore Expo) last Friday was commendable. Mereka mesra pelangggan, memahami dan menghargai. Sejauh ini, nampak keikhlasan dalam memberikan khidmat yang profesional dan terbaik. I sensed their genuineness and humbleness. Both Adik Mail and his wife to-be were in great delight with the deal and more, they are in excitement plotting the storyline for their wedding video montage.

Alhamdulillah, I am happy for them. Adikku akan berkahwin. :)

'Mail Mahu Kahwin' sebenarnya adalah tajuk novel Muhammad Ariff Ahmad. Anwar selalu usik Mail dengan kata-kata "Mail Mahu Kahwin" when I told him about Adik Mail getting married.







Rabu 29 Disember 2010:

Innalillahiwainnailaihirojiun. Aku tak nampak tragedi yang menimpa seorang penunggang motosikal sewaktu kami sedang melintas jalan raya di trafik tu menuju bangunan Grand Link Square. Apabila aku memandang ke sebelah kanan di hadapan tu, penunggang motosikal tu dah tertiarap tak bermaya di atas jalan raya tu. Adik Mail's wife to-be yang trauma kerana dia nampak segala-galanya tentang bagaimana penunggang motosikal tu hilang kawalan dan tercampak daripada motosikalnya. Terkejut dan takut. Itulah perasaan Adik Mail's wife to be.

Kami bertemu jam 3 petang di Geylang kerana Adik Mail's wife to-be nak cari pakaian pernikahan dan persandingan mereka tapi memandangkan Adik Mail's wife to-be dalam kelaparan, kami ke Restoran Hajah Maimunah. Aku hanya minum tek tarik secawan. Sedapnya kena teh tarik!

Sejauh ini, Butik Salmah Manap dan Butik Bella saja yang menawarkan khidmat sewaan busana pengantin memandangkan Adik Mail's wife to-be sudah pun mempunyai seorang juruandam. Istilah 'mak andam' kedengaran sungguh lapuk. Hehehehe. Lagipun, konsep 'mak andam' pun dah lenyap pada zaman sekarang. 'Mak andam' zaman dahulu garang giler. Dengar-dengar, kalau pengantin perempuan mengerling manja atau mentel ke arah pengantin lelaki, 'mak andam' zaman dahulu akan mencubit pengantin perempuan tu. Macam mak tiri. Ahakz. Lagipun, 'mak andam' zaman dahulu banyak mengamalkan pantang larang dan adat istiadat Melayu yang berkaitan dengan andaman. Tugas dan peranan 'mak andam' dan 'juru andam' ternyata berbeza. Kajian tentang ini harus dilakukan kerana menarik lah kalau kita dapat lihat persamaan, perbezaan dan perubahan yang berlaku.

Kalau lebih stylish lah konon, istilah 'make up artist' lebih digemari. Alahai. Mana punya artist lah!

Cuma satu pesanan Ustazah Kamariah, seorang pengantin perempuan haram berandam dengan juru andam yang tidak sekaum. Maksudnya, seorang pengantin wanita hanya layak diandam dengan wanita dan bukan lelaki yang bukan muhrim apatah lagi 'pretty boys' iaitu cakap kasarnya, pondan. (Personally, my heart goes for golongan yang sebegini kerana mereka adalah ciptaan Allah yang tidak harus diketepikan dan dipandang hina oleh masyarakat) Kita boleh mengambil ilmu daripada mereka tetapi bukan khidmat mereka memandangkan seorang juru andam perlu menyentuh muka pengantin perempuan sewaktu mengandam apatah lagi ketika pengantin perempuan perlu berbusana dan sebagainya. So, the bottom line is, pilihlah juru andam yang sama wanita dengan kita pada hari kita menjadi ratu sehari sekalipun khidmat juru andam yang bukan perempuan jauh lebih baik dan profesional.

Alhamdulillah, di Grand Link Square, aku temui Butik Maniq to my surprise, yang suatu masa dahulu bertempat di Tanjong Katong Complex. Urusan aku dengan mereka pada tahun 2007 belum selesai memandangkan aku menghilangkan diri dengan kain lace manik di tangan mereka untuk dijahit dan apabila aku cuba menghubungi mereka, butik mereka di Tanjong Katong Complex sudah tutup. Alhamdulillah, bertemu juga setelah tidak kesampaian mencari mereka. Meskipun butik asal mereka sudah ditutup, sekurang-kurangnya aku tahu bahawa bisnes mereka berjalan terus. Hanya berpindah tempat rupa-rupanya.

Adik Mail's wife to-be turut meninjau-ninjau cincin di beberapa buah kedai barang kemas. Memilih cincin pilihan yang akan disarungkan ke jarinya. Aku pun sibuk try cincin walaupun I am not-a-cincin-person. Hehehehehe. Maksudnya, aku tak pakai sangat cincin. Lebih suka pakai gelang berwarna-warni yang sepadan dengan warna baju.

Alhamdulillah, a well-spent time with Adik Mail's wife to be. We exchanged many stories. Girls' talk lah gitu. Gossip about Mail. Well.... from his sister's point of view and that is me as well as his once-upon-a-time schoolmate, classmate, girl friend and wife to-be.

As much as I love my brother, I love his wife to-be too and I am truly happy for them. So much so that when Adik Mail's wife to-be told me that lagu yang berkumandang dalam Restoran Hajah Maimunah tu adalah lagu yang Adik Mail tujukan untuk dia, aku tersentuh dan air mata bergenang. Lagu 'Kekasih Gelapku'. Secret admirer gitu lah. Huhuhuhuhu.

Adik Mail seorang lelaki yang ada masalah rendah diri. (Now, he is getting better with his self- confidence.) Atas sebab itu, dia merahsiakan perasaan cintanya untuk beberapa tahun hinggalah perasaan yang terpendam itu terpadam dengan sendiri. Namun, Adik Mail sejauh yang aku kenali adalah insan yang ikhlas dan rendah hati. Cuma satu kekurangan dia. QUICK TEMPERED! Tu tak boleh tahan. Cepat mengamuk tapi cepat pulak sejuk. Dia kadang-kadang tersinggung dan terluka tetapi dia bukan insan perajuk dan pendendam. Keikhlasan dan kerendahan hatinya mengkagumkan aku. Nama Ismail yang diberikan kepadanya oleh seorang pakcik dari sebelah ibuku ketika dia seorang bayi adalah harapan agar akhlaknya sesempurna Nabi Ismail. Adikku mungkin tidak sempurna tetapi keikhlasan dan kerendahan hatinya aku kagumi.

Adikku akan bernikah. Adikku yang aku sayang akan berkahwin. Adikku yang pernah menangis bersama-samaku akan berumahtangga. Semoga Allah melindungi dan membimbing engkau yang kelak akan menjadi seorang ketua keluarga mahligai rumahtanggamu.

Air mataku pun tengah bergenang ni. Air mata keterharuan. :")

Mail Mahu Kahwin!

(Gambar bersumber dari http://farm2.static.flickr.com/1024/754611373_f4f81a1dfa.jpg)

Tuesday, January 4, 2011

Nukilan Nurani 3: Bidalan Melayu (Malay Proverbs)

Sekarang ni aku berada di dalam Perpustakaan UM bersama Adik Hakimah.

Kunjungan pertama ke Perpustakaan UM pada tahun 2011..... lah kirakan.

Sebenarnya sekadar untuk memulangkan buku 'Kalau Kita Menjadi Kayu'.

Oleh sebab Adik Hakimah telah berbaik hati memvolunteerkan dirinya menunjukkan Makmal D kepada salah seorang pengunjung perpustakaan, aku pun ikut sama naik ke tingkat dua.

Aku ke tandas tingkat dua semata-mata untuk betulkan posisi tudung yang entah hmmmm..... whatever manakala Adik Hakimah terus menunjuk jalan kepada gadis itu.

Akhirnya, terziarah jugak buku-buku dalam Perpustakaan UM ni meskipun sebenarnya aku belum ada mood.

Aku lebih ghairah nak berFB daripada membaca buku memandangkan dua malam, hasrat berFB tidak kesampaian.

Namun, di satu sudut kecil dan sempit dalam fikiranku, hmmmm.... aku cuba tidak melayan kemalasan.

Jadi, aku ambil sebuah buku berwana hijau tua yang bertajuk Bidalan Melayu (Malay Proverbs) yang isi kandungannya kelihatan menarik.

Bacalah apa sahaja yang boleh memanfaatkan untuk dihayati dan dikongsi.

Isi kandungan yang ingin aku kongsi adalah bidalan Melayu yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris secara bersahaja dan menarik.

Enjoyyyy!

(1a) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
(b) Many shrimps, many condiments! Many men, many temperaments!


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1067963/Is-prawn-cocktail-toxic--Read-want-eat-again.html)

Sesungguhnya, aku bukan penggemar makanan laut. Jadi, aku tak makan udang. Hehehehe.

Cuba teka dialog siapakah ini?

Watak 1: As, nak udang?
Watak 2: I baru lepas makan udang?
Watak 1: Takmo yang ni?
Watak 2: No, thank you.

Ahakz. Cuba teka jugak dialog ni dalam cerita apa? Jawapan di akhir 'post'.

Kembali kepada bidalan Melayu....

(2a) Bapa burik anak(nya tentu) rintik.
(b) If the father is spotted, the children are (sure to be) speckled.

Hmmm.... ejaan lama kot? Burik? Borek? Tapi dalam buku, ejaannya 'burik'. Nanti balik, semak Kamus Dewan.

Apa kesinambungan burik dengan rintik walaupun makna peribahasa ini memang sedia difahami bahawa kelakuan tidak elok seorang ayah akan dicontohi anaknya?

Fikir-fikirkan tentang analogi burik dan rintik tu.....

(3a) Kecil(-kecil) anak (kalau sudah) besar (menjadi) onak.
(3b) A child - when born; Grown up - a thorn.

Oh tidak! Inilah hakikat kehidupan!

Bahkan pada akhir zaman, Rasulullah s.a.w mengkhabarkan bahawa ibu bapa akan melahirkan tuannya.

Hmmm.... pandai sebut tapi sebaik-baiknya kalau nak sebut tentang hadith, biarlah sahih dan bersumber. Jadi kena semak semula daripada mana sumber hadithnya ya.

The point is, anak yang menjadi onak akan mencincang lumat jiwa raga ibu bapa.

:( True but sad! Jiwaku memberontak dengan hakikat ini.

Andai aku menjadi ibu, ya Allah.... mampukan aku mendidik anak-anakku dengan rasa penuh bertanggungjawab dan pergantungan kepadaMu

Oh tidak! Kesempatan itu telah Engkau berikan melalui anak-anak orang semasa aku menjadi seorang pendidik tetapi insan yang penuh kelemahan ini belum mampu mendidik dengan sebaik-baiknya pada waktu itu. Ampuni aku.....

:(

(4a) Bunga dipetik, perdu ditendang.
(4b) The flower is plucked, but the stalk is trampled.

Bunga kesukaanku adalah bunga anggerik atau bunga orkid. Samalah tu. Saje aje tu. Nak dua nama. Bagus ke ada dua nama? Bagus ke ada dua akaun FB? Bagus ke? Asalkan aku bahagia k.

Bahkan, waktu Ustazah Kamariah suruh pilih nama gelaran untuk diri sendiri seperti nama gelaran Al Humaira untuk nama sebenar Siti Aisyah r.a, aku, Natila  dan Suharti teruja memilih nama gelaran bersumberkan buku kecil yang menyenaraikan nama-nama Islam yang sudah pun koyak dan berderai.

Aku pilih nama 'Naurah' yang bererti 'bunga'. Natila pulak pilih nama 'Rabiatul Adawiyah'. Suharti pilih nama 'Asyura' dan kemudiannya diubah menjadi 'Azura'.

Rentetan daripada peristiwa kami memilih nama gelaran untuk diri kami sendiri selepas kelas Fardhu Ain pada salah satu malam Sabtu zaman kami bertiga muda-muda dahulu, nama 'Naurah' masih aku gunakan sebagai nama dalam alamat emelku iaitu naurah_bunga@hotmail.com

Sudahlah tu, kembali kepada bidalan Melayu seterusnya.

(5a) Orang baharu kaya jangan diutangi, orang baharu nikah jangan ditandangi.
(5b) Don't lend to the newly rich, don't visit the newly-wed.

Tak pernah seumur hidup dengar atau terbaca apatah lagi gunakan bidalan ni.

Inilah first time jumpa peribahasa ni. Hmmm...

Pendek kata, peribahasa ni maknanya macam.... maaf ya, tolong jangan sibuk!

Betul tak? Betullah kan.

(6a) Pukul anak sindir menantu.
(6b) To hit a daughter as a hint to a daughter-in-law.

Bidalan ni sungguhlah common tapi harap-harap situasi macam ni tidaklah common pada zaman ini. Huhuhuhu

Seram tau kalau dapat ibu mertua garang macam ni. Huhuhuhuhu.

Apatah lagi, insan sensitif macam aku. Confirm kecik hati, merajuk. Nampaknya tak boleh tinggal serumah dengan ibu mertua lah ni. Mujahadah tak kuat....

Alah, macam lah aku ada bakal ibu mertua pun. Jadi, tak perlu menstresskan diri dengan perkara yang belum berlaku.

Kalau dapat kaunselor sebagai ibu mertua pun bagus jugak. Biasanya kaunselor adalah pendengar yang baik. Good listener kata omputih (orang putih). I need someone as such.

(7a) Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
(7a) The nose is not sharply defined, the cheeks are protuding.

Perempuan Hindustan, perempuan Arab biasanya mempunyai hidung yang mancung.

Pelakon perempuan Hindustan memang cantik-cantik belaka.

To name a few Rani Mukherjee, Priyanka Chopra dan Priety Zinta.

Ramailah pelakon Hindustan dalam industri Bollywood tapi these are my top 3 favourites. Yes!

Rani Mukherjee. First saw her in Kuch Kuch Hota Hai. However, she moved me to tears so deeply, practically every time I watch Kabhi Alvida Naa Kehna. Watak Maya lakonan Rani Mukherjee sungguh memilukan perasaan. Huhuhuhuhu.

Tak termampu pulak nak ingat when did I first watch Priyanka and Priety on screen. Apa pun, mereka mempunyai hidung yang mancung dan seperti biasa, perbualan aku biasanya melencong daripada jalan kebenaran. Ahakz.

Bukankah 'post' ni tentang Bidalan Melayu? Aku suka-suka berbual pasal benda lain....

Itulah aku. Suka pot pet pot pet. Tak ilmiah langsung.

OKlah. Sampai di sini sahaja buat 'post' kali ini.

Berbalik kepada soalan teka-teki dalam bidalan pertama, soalan yang aku ajukan adalah:

'Cuba teka dialog siapakah ini?

Watak 1: As, nak udang?
Watak 2: I baru lepas makan udang?
Watak 1: Takmo yang ni?
Watak 2: No, thank you.

Ahakz. Cuba teka jugak dialog ni dalam cerita apa?'

Alah senang je. Watak 1 adalah watak Ali. Ali Setan. Manakala watak 2 adalah watak Asmidar. Cerita atau filem Ali Setan lah yang begitu popular suatu zaman dahulu. Cerita old school tapi kenakalan Ali and the gang memang menghiburkan. I like.

OK. Time to pack up. Balik ke kolej. Kolej 11. Kolej Ungku Aziz.

Selamat Tinggal Perpustakaan UM. Semoga selamat dalam perjalanan kerana kita pun tidak tahu apa yang akan berlaku setiap saat dan detik dalam hidup kita.

Alangkah terkejutnya petang tadi apabila Adik Hakimah memaklumkan kepada aku bahawa bekas suami Siti Nordiana iaitu Faizal Yusuf yang tidak dapat dinafikan kacak tu telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011 yang lalu.

Allahuakbar. :(

Sesungguhnya, Tuhan memiliki jiwa raga jantung nadi tubuh nyawa roh setiap daripada kita kan.......... Apa sahaja boleh berlaku pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Huhuhuhuhuhu.

Monday, January 3, 2011

Bicara Kalbu & Fikrah: Bertemu jodoh akhirnya

Bertemu jodoh akhirnya.

Itulah tajuk ‘post’ku kali ini.

Itulah yang berlaku kepada cardiganku yang berwarna hot pink dan t-shirt Cotton Onku yang berwarna purple red.

Kedua-duanya telah bertemu jodoh pada 31 Disember 2010.

Sebelum ini, cardigan hot pink tu aku padankan dengan dress yang berwarna hot pink-hitam-putih yang separas lutut.

Cardigan hot pink aku yang sama tu juga pernah aku padankan dengan dress labuh yang berwarna hot pink-hitam-putih-kuning aku tu.

Nampaknya, kedua-dua padanan tu kelihatan janggal.

Salah satu sebab mengapa padanan tu kelihatan janggal adalah material kedua-dua dress tu yang berjenis kain licin tapi tak tahu lah pulak apa nama jenis kain kedua-dua dress tu sedangkan cardigan aku pulak jenis kain cotton.

Kirakan macam antara dua darjatlah di antara dua jenis kain ni.

Material tak secocok.

Lantas, tersimpanlah dress hot pink-hitam-putih tu di dalam almari kat rumah manakala dress labuh hot pink-hitam-putih-kuning tu ada tergantung di rack aku Khairiyyah di balkoni bilik aku kat UM.

Tak semena-mena, dalam mencari pakaian yang sesuai untuk padankan dengan skirt labuh berwarna hitam yang Adik Mail hadiahkan, akhirnya aku berkeputusan menggandingkan t-shirt Cotton On aku yang berwarna purple red tu dengan cardigan hot pinkku.

Eh, sepadan!

Secocok!

Sesuai!

Seiring dan sejalan!

Maka, akhirnya aku berasa lega dan puas hati kerana cardigan hot pinkku dengan top Cotton On yang berwarna red purple tu telah bertemu jodoh akhirnya.

Sedangkan sebelum ni, cardigan aku telah aku padankan dengan dua helai dress yang tidak secocok manakala top Cotton On aku tu pula pernah aku padankan pula dengan long-sleeved t-shirt berwarna gold tapi Cotton On aku ni low-profile.

It seems that it prefer to be in the wardrobe.

Akulah yang tak memanfaatkan t-shirt tu sedangkan top tu warna kesukaan aku.

Akhirnya, jodoh dipertemukan tanpa perancangan dan berlaku secara spontan.

Ceywah!

Padanan kali inilah yang paling sweet!

Namun, jodoh pertemuan antara cardiganku dan top tu disebabkan oleh sehelai tudung shawl bercorak kotak-kotak tiga warna yang aku beli pada hari terakhir aku di KL sebelum aku berangkat pulang ke Singapura pada tahun lalu.

Ceywah....tahun lalu sey!

Maklumlah dah 2011.

Aku beli shawl hot pink-light pink-red purple tu di Berjaya Times Square dalam perjalanan ke Kenny Rogers for our lunch.

The very moment I saw the shawl, I was attracted.

Alhamdulillah, I bought it at 10RM.

Worth it sangat-sangat memandangkan warna kesukaanku ada pada tudung shawl tu.

Oleh sebab aku teringin sangat pakai tudung shawl aku tu, aku perlu pilih top yang sesuai warnanya.

'Matching' lah kata omputih (orang putih)!

Alhamdulillah, tudung shawl tu telah menjadi penghubung di antara jodoh pertemuaan cardiganku dengan topku.

:)

So, tudung shawl... you have indeed done a great job in pairing up my hardly-used top and my ever-searching-for-a-top-to-go-with cardigan.

It matches very well and I am pleased!

Shall I walk with the three of u this Monday?

To my kuliah....

We shall see.

My shawl, my t-shirt and my cardigan!