Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat."
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Jika aku bersyukur, Allah janji Allah akan tambah nikmat itu untukku.
Jika aku mengingkari pula nikmat Allah itu, Allah janji Allah akan memberi azab yang berat.
Aku nak jadi insan yang mensyukuri nikmat tapi aku harus akui aku selalu terleka dan alpa.
Di antara nikmat yang aku hargai adalah terelaknya aku daripada memperolehi C atau B- untuk kertas Penterjemahan dan kertas PMBI pada semester lalu.
Bagi aku, nikmat ini sudah cukup membahagiakan kerana sedapat mungkin, aku tidak mahu mengulangi sejarah Semester 1 yang tidak begitu seronok untuk difikirkan.
Namun, apa pun jua, Semester 1 sudah berlalu.
Apa sahaja keputusan yang diperolehi pada Semester 1 harus disyukuri.
Bukankah Allah sudah berjanji bahawa Allah akan menambah nikmat andai kita bersyukur.
Bersyukurlah wahai diriku.
Berterima kasihlah selalu wahai diriku.
Pada hakikatnya, doa dan harapanku untuk Semester 2 dan Semester 3 telah Allah makbulkan.
Belajar untuk sentiasa bersyukur ya wahai diriku.
Dalam apa jua keadaan, belajar untuk bersyukur ya dengan melihat kebaikan dan menghitung nikmat.
Apabila berlakunya perkara yang buruk dan ujian yang berat, mintalah perlindungan Tuhan yang Maha Mengasihani.
Tiada siapa yang dapat menghilangkan rasa cemas, bimbang dan takut di hati.
Ya Allah, yakinkan aku bahawa Engkau adalah sebaik-baik pelindung kerana aku selalu terleka dan alpa.
Moga syukurku dan terima kasihku kepadaMu kian bertambah dan bercambah.
No comments:
Post a Comment