Friday, January 14, 2011

Tag Special Award: 4 Ciri Lelaki Idaman Untuk Dijadikan Suami

Terima kasih kepada Mimi Sya yang sudi mengetag.

Pertama kali ditag sebegini.

Soalan yang menarik.

OK, Kak Noi cuba.

4 CIRI LELAKI IDAMAN UNTUK DIJADIKAN SUAMI:



Ahakz. Gambar sekadar hiasan je tu. Jawapan Kak Noi ialah....


(1) LELAKI YANG INGIN SENTIASA MEMAHAMI.

Dalam erti kata yang luas, memahami tujuan hidup dan mati, tujuan berumahtangga, tujuan mencari ilmu, tujuan mencari rezeki, tujuan... apa-apa sahaja tujuan dalam meniti kehidupan ini. Memahami makna kehidupan yang sementara ini kerana apa dan untuk siapa. Seterusnya, kefahaman itu diterjemahkan kepada kelakuan.

Memahami isi kandungan Al Quran dan memahami cara hidup hamba pilihanNya, khususnya Rasulullah s.a.w berserta personaliti-personaliti unggul dalam sejarah.

Memahami saya, memahami kekurangan saya, memahami kelemahan diri saya, memahami mazmumah saya, memahami pemikiran, tindak-tanduk dan perasaan saya yang saya sendiri tidak fahami. Seterusnya, dapat menegur saya dengan berhikmah, membimbing saya dengan sabar dan memotivasi saya dengan prihatin.

Memahami dirinya sendiri juga kerana pasti saya ingin dia sama-sama memperbaiki diri andai kata tersilap atau tersalah dalam berfikir, bertindak atau berperasaan.

Berat juga ya permintaan ciri pertama saya ni. InsyaAllah, akan jadi mudah selagi mana kita ingin sentiasa memahami dengan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai wadah. Saya pun kena ingin sentiasa memahami. Perkataan 'ingin' dan 'sentiasa' penting kerana dengan keinginan, insyaAllah pasti akan dikurniakan jalan dan dengan kesentiasaan, insyaAllah apa segala yang berlaku di sekeliling kita menjadi bahan pengetahuan.

Ya Allah, jadikan kami insan yang ingin sentiasa memahami setiap perintahMu..... Hanya Engkau yang akan mempertemukan kami kan? Huhuhuhu


(2) LELAKI YANG BERBUDI

Akal budinya, hati budinya, budi bahasanya, budi pekertinya, budi bicaranya sekalipun tidak sempurna, sekurang-kurangnya elok. Namun, pancaran budi dalam dirinya adalah di atas sokongan ciri yang pertama iaitu dia memahami. Mana mungkin dia berbudi tanpa memahami kerana apa dan untuk siapa dia berbudi? Takut-takut, kita berbudi kerana perhatian manusia, pengiktirafan manusia, pujian manusia dan yang sewaktu dengannya. Sedangkan, apakah tujuan hidup dan mati kita. Huhuhuhu. (Tanya macam faham!)

Moga-moga si dia dapat menegur saya dengan berhikmah, membimbing saya dengn sabar dan memotivasi saya dengan prihatin andai kata saya pula yang tidak berbudi ataupun berbudi tetapi tanpa memahami tujuan sebenar saya berbudi.

Ya Allah, jadikan kami insan yang berbudi kerana memahami bahawa kami adalah hambaMu semata-mata. Hanya Engkau yang akan mempermudahkan pertemuan kami kan? Huhuhuhu.


(3) LELAKI YANG TERHINDAR DARI GEJALA SOSIAL DAN FITNAH AKHIR ZAMAN

Hati pasti menjadi cemas melihat berlakunya peristiwa Ustaz yang tergamak meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dirinya kelihatan berada di tepi pantai atau di dalam panggung wayang dengan seorang wanita yang lain. Hati menjadi takut andai perkara sebegitu menimpa diri ini.

Hati menjadi ragu andai kata suami sendiri mengizinkan wanita lain (yang tidak ada pertalian darah) sekereta atau membonceng motosikalnya.

Aduhai aduhai. Tentulah remuk-redam, gundah-gulana, hancur-luluh dan berkecai-kecai pecah berderai hati ini.

Sekalipun si dia ingin sentiasa memahami dan menterjemahkan kefahamannya dalam bentuk kelakuan dan berbudi, aku sangat berharap Dia sentiasa melindungi si dia agar terhindar dari gejala sosial dan segala fitnah. Maklumlah, kehidupan pada zaman ini sangat mencabar. Iman seorang lelaki sentiasa diuji. Apatah lagi andai yang menguji adalah wanita yang bukan isteri. Aduhai aduhai.

Kalau suatu hari, dia jatuh hati sekali lagi, aku bermohon dua perkara. Pertama, bukanlah dengan cara yang salah seperti mempunyai girlfriend setelah berumahtangga, mempunyai perempuan simpanan, nikah senyap-senyap atau nikah di Thailand atau yang sewaktu dengannya. Kedua, bukanlah dengan seseorang yang aku tidak serasi dan restui. Sedangkan, ramai lagi wanita yang boleh dipilih asalkan bukan dengan seseorang yang AKU MEMANG DAH PANGKAH atau mempunyai CIRI-CIRI YANG PATUT AKU PANGKAH. Aduhai aduhai.

Libatkanlah isterimu ini dalam pemilihan berpoligami. Ambil kiralah pandangan isterimu ini kerana yang akan menempuh hidup berpoligami, isterimu ini juga. Usah pentingkan diri kerana aku wanita biasa.

Aku bukanlah seseorang yang anti-poligami. InsyaAllah pro-poligami. Namun, sejauh ini dua sahaja permintaanku iaitu lakukanlah dengan cara yang betul dan SAMA-SAMALAH KITA PILIH wanita yang betul.

Bukan sekadar diuji wanita, adakala lelaki diuji dengan harta. Sebagai contoh, skim pulangan wang yang berkoyan-koyan dengan sekelip mata sedangkan di situ ada unsur riba' dan yang sewaktunya.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala gejala sosial dan fitnah akhir zaman.


(4) LELAKI YANG BERPENAMPILAN MENARIK (PHYSICALLY ATTRACTIVE)

Setiap lelaki mempunyainya tetapi nilai tarikannya tidaklah sama. Ada lelaki menarik kerana senyumannya yang manis. Ada lelaki menarik kerana lesung pipitnya yang comel. Ada lelaki menarik kerana warna kulitnya. Ada lelaki menarik kerana sinar matanya. Ada lelaki menarik kerana cara dia berbual. Ada lelaki menarik kerana cara dia berjalan.

Pokoknya, setiap lelaki menarik dan aku boleh tertarik dengan ciri-ciri fizikal yang tertentu dalam diri seseorang.

Sejauh ini, aku pasti akan tertarik pada wajah yang jernih kerana di situlah ketenangan, kejujuran dan kesederhanannya mencairkan hati. Aduhai aduhai.



TIPS UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN DENGAN PASANGAN

Aduhai aduhai. Pasal takde tipslah, sebab tu asyik fall in and fall out of love. Ahakz.

Ustazah Kak Noi kata tips bercinta adalah cintakan Allah kerana cinta itu cinta yang paling agung dan suci. Allah akan mempertemukan dengan insan yang juga mencintai Allah.

Itu kata Ustazah Kak Noi lah tapi Kak Noi aduhai aduhai nakal.

Kak Noi masih bertatih dalam mencintai Allah.

Aduhai aduhai masih banyak yang tak faham tapi akan sentiasa ingin memahami, InsyaAllah.

Ya Allah, fahamkan aku tentang cinta kepadaMu kerana aku ini hamba yang nakal.



DOA PENDEKAT JODOH DAN PUTUS CINTA

Alahai Kak Noi doalah ikut kata hati.

"Ya Allah, kau pertemukanlah dan permudahkanlah urusan jodoh kami andai si dia terbaik untuk hidupku di dunia dan di akhirat."

Kalau tak jadi, bukan bererti si dia tu tak baik atau jahat tetapi pasti ada yang Allah nak hindarkan daripada terjadi kot.

Mungkin tidak serasi atau secocok tapi bukan kerana si dia tu tak baik atau jahat.

Sampai si sini sahaja 'post' Tag Special Award.

Thanks a lot for the opportunity, Mimi Sya.

1 comment: