2 minggu di akademi yang menduga.
Permulaan semester yang langsung tidak memotivasikan.
Peluang mendaftar (log in) ke dalam sistem UMISISWEB semester lalu tepat jam 9 pagi pada tarikh 6 Disember 2010 ternyata BUKAN JAMINAN bahawa aku tidak akan mengalami tekanan membuat pendaftaran apabila semester bermula.
Terpaksa tempuh juga detik-detik menduga.
Inilah kali pertama stres hanya semata-mata membuat pendaftaran tetapi aku harus bersyukur jugalah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak cukup jam kredit kerana tidak mendapat tempat dan perlu mendaftar secara manual.
Kursus idaman iaitu Dokumentasi Digital tidak dapat aku ikuti kerana bertembung dengan kursus wajib iaitu Tatabahasa 3.
Aku harus katakan bahawa aku masih menaruh harapan agar aku dapat mengikuti kursus ini pada semester yang akan datang memandangkan aku meminati videografi.
Kursus pilihan iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu aku gugurkan dengan senang hati meskipun pada awalnya aku beria-ia dan teringin sangat mengikuti kursus ini.
Aku harus katakan bahawa aku senang hati menggugurkannya kerana bertukar persepsi 360 darjah tentang 'the whole thing' setelah menghadiri kelas pertama. GOOD BYE!
Kursus wajib iaitu Tatabahasa 3 menemukan aku sekali lagi dengan Kakak Ribenaku iaitu Kak Karmilah kerana kami sekumpulan tutorial dan sekumpulan untuk tugasan. Kali ini, kumpulan kami disertai dengan Adik Wan yang comel.
Aku harus katakan bahawa aku agak gementar untuk menghadapi Sintaksis memandangkan komponen bahasa ini lebih mencabar dibandingkan dengan komponen bahasa yang lain seperti Morfologi, Fonologi dan Semantik.
Moga-moga, aku fokus dan mula belajar secara konsisten mulai...... aiiittts hari inilah. Bukankah dah masuk hari pertama dalam minggu 3. Dah isnin pun. 17 Januari 2011.
Kalau sebelum ini, aku tak selak buku pun kerana minda celaru dengan hal ehwal pendaftaran modul. Nampaknya, kena mula membaca Tatabahasa Dewan dan buku-buku yang berkaitan dengan Sintaksis. Penting tu penting.
Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik berlaku sepanjang kecelaruan memilih, mendaftar, membuat keputusan dan menduduki kelas-kelas yang diadakan.
Sesuatu yang menarik bagiku mungkin tidak menarik bagi orang lain tetapi aku rasa pengalaman duduk kelas Bahasa Melayu & Komunikasi di bawah pimpinan Dr Indirawati membuka mata dan hati.
Sejujurnya, dia seorang wanita yang mengkagumkan. Kalau sebelum ini, pelbagai cerita yang aku dengar tentang pengajarannya hingga timbul rasa 'gerun' tetapi oleh sebab aku di dalam keadaan terdesak tempoh hari, aku duduki kelas itu untuk mencalonkan modul Bahasa Melayu & Komunikasi demi mencukupkan jam kredit.
Aku mengkaguminya kerana ketegasannya. Cantik dan tegas. Aku mengkaguminya kerana keyakinannya dan aku tidak mentafsir ketegasan dan keyakinannya sebagai ketakburan atau kesombongan melainkan she is just being firm and genuine.
Bertanya pada hatiku sendiri, aku memang akan pangkah seseorang yang ramah mesra dan menonjolkan diri sebagai seorang yang baik di hadapan orang sedangkan di belakang dia akan mentertawakan, memperlekehkan dan memburuk-burukkan nama orang lain. Kepuraan-puraan sebegini lebih menggerunkan dan aku benci kepuraan-puraan sebegini.
Bagi aku, Dr Indira adalah dirinya sendiri. Jujur. Itulah dia seadanya. Serius, berdisiplin tinggi dan tegas tetapi genuine. I really appreciate that.
OKlah, it's too early to say. Aku pun sekadar menduduki kelasnya hanya sekali itu tetapi hanya dengan menduduki kelasnya sekali itu sahaja, aku langsung tidak menyokong apa yang aku dengar selama ini.
Salahkah kalau seorang pensyarah meng'haram'kan deringan telefon bimbit di dalam kelas sedangkan dia sendiri tidak bawa telefon bimbit ke dalam kelas?
Bagi aku, tidak salah.
Salahkah kalau seorang pensyarah me'wajib'kan anak muridnya masuk ke dalam kelas lebih awal daripadanya sedangkan dia amat menepati masa.
Bagi aku, tidak salah.
Salahkah kalau seorang pensyarah....... actually banyak cerita yang diceritakan tapi jika kita fikir sejenak, cuba renungkan falsafah di sebalik kemahuan, keinginan dan kehendak Dr Indira itu.
Untuk kebaikan siapa? Dia atau kita sebagai pelajar? Sekali sekali, kita harus tepis ego kita dan merendahkan hati dengan guru kita....
Itulah yang hendak aku katakan tentang sesuatu yang menarik yang aku alami ketika berkesempatan berada dalam kelas Dr Indira. Sejujurnya, aku tertarik dengan kewibawaannya, keupayaannya menyampaikan ilmu dengan jelas dan sistematik serta ketegasannya. Subhanallah!
Apatah lagi jantungku kembang kuncup apabila dia melihat tepat pada mataku dan bertanyakan namaku. Ahakz. Mata bertentang mata. Kelu lidah tidak terkata.
Kursus Bahasa Melayu & Komunikasi akhirnya ditutup kerana kurang daripada 10 orang dsb.
Aku menaruh minat untuk menghadiri kelasnya yang lain terutama sekali Semantik memandangkan komponen bahasa ini memang amat aku minati dan aku dapati penting tetapi modul ini bertembung dengan modul Bahasa Melayu Lisan. I am not willing to let go of Bahasa Melayu Lisan.
InsyaAllah, semester hadapan aku ambil Semantik. Yakin tetapi tak boleh bermalas-malasan kerana Dr Indira expects regular, consistent and conscientious reading as well as research from her students. Nampaknya semester ni, aku kena latih diri konsistenkan pembacaan dan pencarian bahan bacaan untuk menempuh semester hadapan bersama Dr Indirawati.
Tentang Analisis pulak. Aduhai. Dalam hati, aku rasa macam nak gugurkan aje kursus Analisis ni tapi entahlah, after so much nak ke tak nak, nak ke tak nak, aku decide tempuh dan rempuh ajelah.
Lagipun Kak Karmilah needs 3 more credit hours. So, I think I should forgo my Bahasa Kanak-Kanak for her and stick to Analisis.
Sebenarnya, aku rasa amat bersalah dengan Kak Karmilah. Meskipun dia dah maafkan aku, aku sendiri belum meredhai perkara yang berlaku. Aku masih rasa terkilan. Aku sudah pun berjanji kepadanya dan aku yang menganjurkan dengan semangat Ribena agar kami berdua mengambil modul Semantik bersama-sama dan menggugurkan Bahasa Melayu Lisan. Hanya selepas Kak Karmilah menggugurkan kursus itu dalam sistem UMISISWEB, aku membuat keputusan untuk tidak menggugurkan Bahasa Melayu Lisan dan tidak jadi mengambil modul Semantik atas sebab peribadi. ADUHAI! AKU AMAT SANGAT SUNGGUH TERKILAN dengan peristiwa yang berlaku padahal Kak Karmilah mendapat kursus Bahasa Melayu Lisan itu setelah cuba mendaftar berkali-kali dan akhirnya direzekikan tanpa diduga dan disangka dengan tiba-tiba. Akhirnya, terlepas juga. Angkaranya aku! Aduhai aduhai.
So, these are my modules for my major Bahasa:
Tatabahasa 3
Analisis Bezaan & Analisis Kesilapan
Bahasa Melayu Lisan
These are my modules for my minor Seni:
Muzik Melayu Tradisi
Bentuk & Rupa Seni Persembahan Melayu
Pemasaran Produk Seni
Next time, aku citer pasal modul Seni pulak. Actually, modul Seni yang paling relax. Tak ada masalah mendaftar. Semua dan segalanya berjalan dengan lancar. :)
Aku dah mula yakin dan tenang dengan modul-modul yang aku pilih dan daftar walaupun sepanjang dua minggu tu, bergolak perasaan. Undecided. Indecisive. Finally, decision has to be made and has been made.
Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah diri dengan pilihan dengan pendaftaran modul semester ini.
2 minggu yang menduga telah pun berlalu.
insayaAllah hari2 y celaru sdh berakhir..akak,chaiyok2 tk sem ni.sy stju ng 1petikan akak.pljr mesti tepis ego bila bhdpn ng guru..
ReplyDeleteadikku edi, terima kasih di atas kata-kata motivasi adik. sama-sama kita menempuh dan merempuh semester keempat ini k dengan tabah. harap-harap kakak juga dapat tepis ego kakak terlebih dahulu tetapi bukan senang nak tepis ego. huhuhuhu. TERIMA KASIH di atas comment adik!
ReplyDelete