Nur Fazura Sharifuddin. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati lakonannya menerusi filem Gol N Gincu sebagai Puteri Farhana yang berjinak-jinak dengan futsal semata-mata untuk memenangi hati ex-boyfriendnya. Watak yang dimainkan Nur Fazura Sharufuddin memberi inspirasi kepadaku tentang kepimpinan kerana dia menjadi kapten kumpulan futsalnya yang berusaha membetulkan matlamatnya dalam berfutsal dan menyatukan ahli kumpulannya. Watak yang comel, menghiburkan dan sweet. Very feminine yet girlish!
Rozita Che Wan. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati watak ibu yang dilakonkan olehnya dalam drama TV9 iaitu Diari Ramadhan Rafique. Wataknya sentiasa tenang dan lemah lembut meskipun simple. Anggun. Memikat. Mempesonakan. Ciri keibuan, ciri seorang isteri dan ciri seorang anak mampu dilakonkan dengan baik dalam drama tersebut.
Dan sejauh yang aku ingati tetapi aku tak pasti meskipun aku meyakini bahawa aku pernah menonton lakonannya dalam sebuah drama televisyen yang dipaparkan ketika aku di sekolah menengah suatu masa dahulu. Samada menengah 3 atau menengah 4. Lakonannya pada waktu itu adalah sebagai seorang 'office girl'. Lebih kurang begitulah. Mungkin dia. Mungkin tidak.
Rita Rudaini. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati lakonannya dalam drama cinta yang berjudul Kau Yang Kusayang. Rita Rudaini berlakon di samping Fahrin Ahmad. Sebuah kisah cinta yang bersemi sewaktu mereka kecil. Childhood love. Setelah terpisah sekian lama, mereka bertemu semula tetapi tidak mengenali. Namun di hati mereka berdua, masing-masing masih mengingati cinta pertama mereka sewaktu mereka kecil dahulu dan masih mencari cinta itu. A nice story.
Zaryn Min. Sejauh yang aku ingati, aku mula meminati watak yang dilakonkan olehnya dalam drama Tangisan Bulan Madu. Watak yang dilakonkan diberi perwatakan yang manja, tegas, vokal dan bijak. Meskipun dia bukan watak utama dalam drama tu, dia mampu menarik hatiku dengan lakonannya. Watak sokongan itu sendiri bagiku mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Keempat-empat pelakon wanita ini berbakat dan paling penting, natural dengan lakonan mereka. Tidak buat-buat. Tidak mengada-ngada. Tidak memancing perhatian melalui gosip murahan meskipun mereka mempunyai isu-isu hangat yang dikaitkan dengan mereka. Namun, bagi aku mereka berbakat dan berperibadi sederhana dalam bidang seni lakonan. Itulah di antara ciri yang menarik minat aku terhadap mereka.
Lagi satu perkara. Setiap daripada mereka sungguh cantik. Physically attractive. :)
No comments:
Post a Comment