Di dalam kocek beg aku tu, tersimpan videocam Canonku. Seperti biasa, videocam menjadi teman setia yang merakam kelakuan insan-insan di hadapan mataku dan peristiwa yang berlaku dalam hidupku. Namun, antara kekok, segan dan tak ingat, videocam tu tersorok dalam kocek beg.
Keceriaan terasa apabila aku dapat kembali berada di APM pada Isnin lalu. Seronok dan gembira dapat melihat adik-adik APM termasuk seorang kakak iaitu Kak Karmilah.
Kelas pertamaku pada hari Isnin, 3 Januari
Alhamdulillah, Kamarulzaman telah memberi isyarat non verbal bahawa kerusi di sebelahnya kosong tetapi itu bererti aku harus masuk ke dalam sekali. At least ada tempat duduk. Alhamdulillah! Baik ah Kamarul!
Tapi lecehlah pulak nak masuk ke dalam. Jadi, aku pun ambil jalan shortcut meminta adik-adik di barisan tu beranjak tempat demi memberi tempat kepada kakak mereka yang tidak ada tempat ni. Terima kasih adik-adik!
Aku pun melabuhkan punggung. Di sebelah kiriku, Abu Bakar. Di sebelah kiri Abu Bakar, Awang Azhar. Di sebelah kiri Awang Azhar, hmmmm.... lupalah pulak siapa. Di hujung sekali Kamarulzaman. Di bahagian hadapan, Mohamad yang aku selalu usik dengan panggilan Ustaz. Di bahagian hadapan sekali, sebelah kanan Wan. Wan yang comel tu. Rezuan nama penuh dia tapi tak pasti ejaan aku tu betul ke tidak.
Di belakang aku, Atiqah. Aku bertanya kepadanya di mana Wahida dan Hasila. Maklumlah, boleh dikatakan rindu jugak dengan Wahida dan Hasila memandangkan gadis berdua inilah yang menjadi teman setiaku dalam setiap kelas yang kami duduki sepanjang Semester 3 lalu.
Tatabahasa 2 dengan Wahida dan Hasila. Seni Busana, Seni Bina dan Drama & Media dengan Wahida dan Hasila. Penterjemahan dengan Wahida dan Hasila. Tutorial PMBI pun dengan Wahida dan Hasila. Sekaligus, jodoh kami yang sentiasa sekelas dalam Semester 3 merapatkan kami. Mereka manja dan berbudi bahasa. Ikhlas, jujur dan simple. Aku suka berkawan dengan mereka dan menyayangi mereka. Faham-fahamlah, tak ada adik perempuan.
Sewaktu mak hamil dan keguguran baby dalam kandungan, aku rasa sedih sebab aku nak baby mak tu. Baby mak tu adik-adik aku lah. Huhuhu. Mak hamil anak kembar tetapi belum pun mencecah empat bulan, kandungan mak tu gugur. Tragedi tu menimpa mak pada tahun 1988. Mak jatuh terhentak dua kali.
Kali pertama mak jatuh terhentak ketika dia sedang mengemop lantai. Lantai tu licin. Kali kedua mak jatuh terhentak ketika dia dilanggar oleh penunggang basikal di depan rumah lama. That was a great blow! Akhirnya, aku kehilangan bakal adikku. Tak kami sangka, rupa-rupanya mak hamil 2 orang baby. Baby kembar. Memandangkan belum 4 bulan, masih janin lah. (Air mataku tengah bergenang ni... Aduhai.)
Jadi, mungkin sebab tu kot kasih sayang untuk adik perempuan mencurah-curah sikit. Aku nak sangat ada adik kandung perempuan tapi ditakdirkan aku tak dapat adik kandung perempuan.
Alhamdulillah. Allah yang Maha Pemurah memberi rezeki adik-adik yang berbagai-bagai ragam dan keletah. Masa dan situasi telah merapatkan aku dengan segelintir daripada adik-adik APM ni. Bahkan, FB telah memainkan peranan yang cukup besar dalam menjalinkan hubungan adik-kakak yang lebih baik dan mesra. Kalau tanpa FB, proses berhubung agak slow atau susah sikit. Terima kasih FB!
Sejujurnya, aku bahagia dengan kehadiran mereka. Mereka mampu mengukirkan senyuman pada wajah ini dan hati ini terhibur dengan kebaikan mereka yang kadang kala aku rasakan, inilah yang tidak pernah aku perolehi sebelum ini?
Semester ini, nampaknya aku akan tidak lagi dapat melihat Wahida dan Hasila sekerap dahulu. Mungkin juga, hubungan itu tidak lagi seakrab? Harap-harap tidaklah renggang.
Apabila hati mula menyayangi, begitulah rasanya. Rasa kehilangan jugak apabila aku ditempatkan dalam keadaan yang berbeza. Mereka ok je? Aku lak yang emosi. Apa hal! Haiz. Baru terpisah kelas. Belum berpisah as in graduate from UM.
Cepat masa berlalu. Kita sudah menempuh setahun setengah. Sekarang, semester 4. Semester terakhir sebagai pelajar tahun 2. Semester hadapan, tahun 3. Tahun 3 bererti final year. Final year bererti hampir tamat pengajian. Ya Allah, kenapa hati aku di sini?
Hari pertama tu, aku, Khairiyyah dan Sharifah bercadang nak minum teh tarik. Dah lama kami bertiga tak bersama begini. Terubat rindu bersama mereka dalam keceriaan dapat bersama seperti mana terubat rinduku melihat Dr Ibrahim dalam kelas Bahasa Melayu Lisan dalam bilik Tembusu pagi tadi.
Sewaktu kami berjalan masuk ke dalam cafe dan melihat-lihat lauk yang ada, kami decide untuk duduk di luar sahaja. Tiba-tiba, namaku dipanggil. Kak Karmilah rupa-rupanya. Di meja yang sama tu ada Kahar dan Fouad. Fouad memberi isyarat tangan seolah-olah menerepong ke arah kami. Ahakz!
Beberapa hari yang lalu, kami berinteraksi di ruang chat FB. Dalam perbualan kami di ruang chat, salah satu perkara yang berlaku adalah aku meluahkan bahawa aku segan dengan dia kerana dia kurang senyum. Katanya, otot-otot mukanya memang begitu! Amboi! Setelah dua kali aku membuat complaint yang sama kepada dia, dia kata dia akan senyum. Ahakz! Tu lah pasal agaknya dia main teropong-teropong. OKlah. Boleh terimalah sebagai gesture mesra masyarakat. Alhamdulillah.
One of the beautiful things happened on the next day and that was Tuesday, 4th January
Bukankah videocam tu aku beli untuk rakam peristiwa yang berlaku di UM. Hmm, nampaknya aku telah men'underutilise' videocam aku tu.
Sebenarnya, I was down on Tuesday. Something personal happened. Aku tak tahu bagaimana nak rasa dan bertindak. Moga Tuhan membimbing aku dan meleraikan yang kusut. Minda dan hati tengah sama-sama kusut.
Pada hari yang sama aku terima Kek Lapis Sarawak tu yang menggembirakan aku, aku sedih dengan perkara yang lain. Nak dijadikan carita....
Hafizi yang pendiam dalam kelas PMBI semester lepas pulak menggembirakan hati.
I saw his videoclip on FB pasal lagu nasyid Siti Khadijah. Aku tanya dia kalau ada nasyid lagu tentang Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail. Memandangkan secara peribadi, wanita Siti Hajar adalah salah seorang wanita yang paling aku kagumi dalam hidup ini. Sejarah hidup dan ujian yang ditempuh oleh Siti Hajar sentiasa menjadi penguat semangat ketika aku kehampaan, kehilangan dan kelemahan.
Tak aku sangka lagi, si Hafizi betul-betul carikan nasyid tu. Entah kat mana. Aku rasa dalam laptop dia mesti ada beribu-ribu lagu nasyid. Memang ada. Itulah pengakuannya. Huhuhuhu. Perkara yang mengharukan perasaan adalah dia emel lagu tentang Siti Hajar yang bertajuk Sejarah Pengorbanan daripada kumpulan Hijjaz tu kepada aku.
Terharu. Hanya Tuhan yang tahu.
Subhanallah! All I can say is I really appreciate the gift that you send me, dear Allah. Seorang beri Kek Lapis Sarawak. Seorang beri lagu. Aduhai aduhai. Jiwa lembutku terasa nikmatnya. Kalau aku ada adik kandung perempuan, tentu aku calonkan mereka jadi adik ipar aku. Ahakz.
Adik kandung perempuan takde. Kan dah citer tadi. Adik-adik kembarku tidak ditakdirkan hidup. Janin mereka telah diserah pulang kepada Zat yang meletakannya di dalam rahim mak suatu masa dahulu....
Apa pun, setelah aku berfikir, apa ertinya aku bersedih dan melayan kesedihan yang berlaku sedangkan pada hari yang sama, dua orang adik yang baik telah melakukan kebaikan dan aku seharusnya bersyukur dan gembira.
Alhamdulillah, adik-adikku di UM, khususnya Akademi Pengajian Melayu adalah adika-adik yang baik. Moga Engkau selalu pimpin mereka dalam segenap kehidupan mereka dan menjadikan mereka role model dalam masyarakat.
Amiin...ya Rabbal Alamin.
insyaAllah doa akak akan dimakbulkan..sme2 kita panjatkan doa..
ReplyDeleteAmiin..terima ksh sbb mnghargai..maaf andai ada kkurangan slm ini walaupun baru mngenali..:)
ReplyDeleteAminnn..harap2 begitulah hendaknya..apapun, selagi kesempatan msh ada, buatlah yg tbaik utk diri sendiri, famly, org lain & yg plg penting Allah..:) hehe
ReplyDeletekak noi ingat semua nma mmber2 ...sy pon x ingat lagi nama diorang......insyallah sy pon akan cuba ingat nama diorang..he2...skang baru dalam proses nak mengenali semua rakan2 apm
ReplyDeleteEdi: OK, kita saling mendoakan. Nanti lepas graduate, jangan lupa kakakmu di Singapore ni k. Huhuhuhu. Masa cepat berlalu.
ReplyDeleteHafizi: Setiap kita ada kekurangan tetapi persahabatan melengkapkan yang kurang. I thank Allah for having you as a friend and adik.
Awang: Baiklah Ustaz Awang! InsyaAllah! Siapa yang duduk sebelah Awang dalam BM Lisan aritu?
Abu Bakar: Kak NOi pun tak kenal ramai lagi gadis-gadis rupawan di APM yang satu batch. Mencabar sikit sebab jumlah adik-adik girls batch kita terlalu ramai. Selamat mengenali...
sesungguhnya senyum itu satu sedekah. cewah.
ReplyDelete