Sekarang ni aku berada di dalam Perpustakaan UM bersama Adik Hakimah.
Kunjungan pertama ke Perpustakaan UM pada tahun 2011..... lah kirakan.
Sebenarnya sekadar untuk memulangkan buku 'Kalau Kita Menjadi Kayu'.
Oleh sebab Adik Hakimah telah berbaik hati memvolunteerkan dirinya menunjukkan Makmal D kepada salah seorang pengunjung perpustakaan, aku pun ikut sama naik ke tingkat dua.
Aku ke tandas tingkat dua semata-mata untuk betulkan posisi tudung yang entah hmmmm..... whatever manakala Adik Hakimah terus menunjuk jalan kepada gadis itu.
Akhirnya, terziarah jugak buku-buku dalam Perpustakaan UM ni meskipun sebenarnya aku belum ada mood.
Aku lebih ghairah nak berFB daripada membaca buku memandangkan dua malam, hasrat berFB tidak kesampaian.
Namun, di satu sudut kecil dan sempit dalam fikiranku, hmmmm.... aku cuba tidak melayan kemalasan.
Jadi, aku ambil sebuah buku berwana hijau tua yang bertajuk Bidalan Melayu (Malay Proverbs) yang isi kandungannya kelihatan menarik.
Bacalah apa sahaja yang boleh memanfaatkan untuk dihayati dan dikongsi.
Isi kandungan yang ingin aku kongsi adalah bidalan Melayu yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris secara bersahaja dan menarik.
Enjoyyyy!
(1a) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
(b) Many shrimps, many condiments! Many men, many temperaments!
(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1067963/Is-prawn-cocktail-toxic--Read-want-eat-again.html)
Sesungguhnya, aku bukan penggemar makanan laut. Jadi, aku tak makan udang. Hehehehe.
Cuba teka dialog siapakah ini?
Watak 1: As, nak udang?
Watak 2: I baru lepas makan udang?
Watak 1: Takmo yang ni?
Watak 2: No, thank you.
Ahakz. Cuba teka jugak dialog ni dalam cerita apa? Jawapan di akhir 'post'.
Kembali kepada bidalan Melayu....
(2a) Bapa burik anak(nya tentu) rintik.
(b) If the father is spotted, the children are (sure to be) speckled.
Hmmm.... ejaan lama kot? Burik? Borek? Tapi dalam buku, ejaannya 'burik'. Nanti balik, semak Kamus Dewan.
Apa kesinambungan burik dengan rintik walaupun makna peribahasa ini memang sedia difahami bahawa kelakuan tidak elok seorang ayah akan dicontohi anaknya?
Fikir-fikirkan tentang analogi burik dan rintik tu.....
(3a) Kecil(-kecil) anak (kalau sudah) besar (menjadi) onak.
(3b) A child - when born; Grown up - a thorn.
Oh tidak! Inilah hakikat kehidupan!
Bahkan pada akhir zaman, Rasulullah s.a.w mengkhabarkan bahawa ibu bapa akan melahirkan tuannya.
Hmmm.... pandai sebut tapi sebaik-baiknya kalau nak sebut tentang hadith, biarlah sahih dan bersumber. Jadi kena semak semula daripada mana sumber hadithnya ya.
The point is, anak yang menjadi onak akan mencincang lumat jiwa raga ibu bapa.
:( True but sad! Jiwaku memberontak dengan hakikat ini.
Andai aku menjadi ibu, ya Allah.... mampukan aku mendidik anak-anakku dengan rasa penuh bertanggungjawab dan pergantungan kepadaMu
Oh tidak! Kesempatan itu telah Engkau berikan melalui anak-anak orang semasa aku menjadi seorang pendidik tetapi insan yang penuh kelemahan ini belum mampu mendidik dengan sebaik-baiknya pada waktu itu. Ampuni aku.....
:(
(4a) Bunga dipetik, perdu ditendang.
(4b) The flower is plucked, but the stalk is trampled.
Bunga kesukaanku adalah bunga anggerik atau bunga orkid. Samalah tu. Saje aje tu. Nak dua nama. Bagus ke ada dua nama? Bagus ke ada dua akaun FB? Bagus ke? Asalkan aku bahagia k.
Bahkan, waktu Ustazah Kamariah suruh pilih nama gelaran untuk diri sendiri seperti nama gelaran Al Humaira untuk nama sebenar Siti Aisyah r.a, aku, Natila dan Suharti teruja memilih nama gelaran bersumberkan buku kecil yang menyenaraikan nama-nama Islam yang sudah pun koyak dan berderai.
Aku pilih nama 'Naurah' yang bererti 'bunga'. Natila pulak pilih nama 'Rabiatul Adawiyah'. Suharti pilih nama 'Asyura' dan kemudiannya diubah menjadi 'Azura'.
Rentetan daripada peristiwa kami memilih nama gelaran untuk diri kami sendiri selepas kelas Fardhu Ain pada salah satu malam Sabtu zaman kami bertiga muda-muda dahulu, nama 'Naurah' masih aku gunakan sebagai nama dalam alamat emelku iaitu naurah_bunga@hotmail.com
Sudahlah tu, kembali kepada bidalan Melayu seterusnya.
(5a) Orang baharu kaya jangan diutangi, orang baharu nikah jangan ditandangi.
(5b) Don't lend to the newly rich, don't visit the newly-wed.
Tak pernah seumur hidup dengar atau terbaca apatah lagi gunakan bidalan ni.
Inilah first time jumpa peribahasa ni. Hmmm...
Pendek kata, peribahasa ni maknanya macam.... maaf ya, tolong jangan sibuk!
Betul tak? Betullah kan.
(6a) Pukul anak sindir menantu.
(6b) To hit a daughter as a hint to a daughter-in-law.
Bidalan ni sungguhlah common tapi harap-harap situasi macam ni tidaklah common pada zaman ini. Huhuhuhu
Seram tau kalau dapat ibu mertua garang macam ni. Huhuhuhuhu.
Apatah lagi, insan sensitif macam aku. Confirm kecik hati, merajuk. Nampaknya tak boleh tinggal serumah dengan ibu mertua lah ni. Mujahadah tak kuat....
Alah, macam lah aku ada bakal ibu mertua pun. Jadi, tak perlu menstresskan diri dengan perkara yang belum berlaku.
Kalau dapat kaunselor sebagai ibu mertua pun bagus jugak. Biasanya kaunselor adalah pendengar yang baik. Good listener kata omputih (orang putih). I need someone as such.
(7a) Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
(7a) The nose is not sharply defined, the cheeks are protuding.
Perempuan Hindustan, perempuan Arab biasanya mempunyai hidung yang mancung.
Pelakon perempuan Hindustan memang cantik-cantik belaka.
To name a few Rani Mukherjee, Priyanka Chopra dan Priety Zinta.
Ramailah pelakon Hindustan dalam industri Bollywood tapi these are my top 3 favourites. Yes!
Rani Mukherjee. First saw her in Kuch Kuch Hota Hai. However, she moved me to tears so deeply, practically every time I watch Kabhi Alvida Naa Kehna. Watak Maya lakonan Rani Mukherjee sungguh memilukan perasaan. Huhuhuhuhu.
Tak termampu pulak nak ingat when did I first watch Priyanka and Priety on screen. Apa pun, mereka mempunyai hidung yang mancung dan seperti biasa, perbualan aku biasanya melencong daripada jalan kebenaran. Ahakz.
Bukankah 'post' ni tentang Bidalan Melayu? Aku suka-suka berbual pasal benda lain....
Itulah aku. Suka pot pet pot pet. Tak ilmiah langsung.
OKlah. Sampai di sini sahaja buat 'post' kali ini.
Berbalik kepada soalan teka-teki dalam bidalan pertama, soalan yang aku ajukan adalah:
'Cuba teka dialog siapakah ini?
Watak 1: As, nak udang?
Watak 2: I baru lepas makan udang?
Watak 1: Takmo yang ni?
Watak 2: No, thank you.
Ahakz. Cuba teka jugak dialog ni dalam cerita apa?'
Alah senang je. Watak 1 adalah watak Ali. Ali Setan. Manakala watak 2 adalah watak Asmidar. Cerita atau filem Ali Setan lah yang begitu popular suatu zaman dahulu. Cerita old school tapi kenakalan Ali and the gang memang menghiburkan. I like.
OK. Time to pack up. Balik ke kolej. Kolej 11. Kolej Ungku Aziz.
Selamat Tinggal Perpustakaan UM. Semoga selamat dalam perjalanan kerana kita pun tidak tahu apa yang akan berlaku setiap saat dan detik dalam hidup kita.
Alangkah terkejutnya petang tadi apabila Adik Hakimah memaklumkan kepada aku bahawa bekas suami Siti Nordiana iaitu Faizal Yusuf yang tidak dapat dinafikan kacak tu telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011 yang lalu.
Allahuakbar. :(
Sesungguhnya, Tuhan memiliki jiwa raga jantung nadi tubuh nyawa roh setiap daripada kita kan.......... Apa sahaja boleh berlaku pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Huhuhuhuhuhu.
No comments:
Post a Comment