Aku menaip post ni sambil mendengar lagu 'Cahaya'.
Lagu ni seolah-olah memanggil-manggil jiwa yang berada di dasar yang dalam.
Sebenarnya, teringat kepada suasana aku berada dalam kereta bersama Kak Fatin.
Aku terfikir apakah rahsia dan hikmah mengenali Kak Fatin.
Kami masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan.
Pernah kami bertelagah.
Pernah kami saling sakit hati.
Pernah kami sama-sama 'berjuang'.
Persahabatan ini akan menjangkau 10 tahun.
Itupun, sekian banyak kali persahabatan ini tenggelam timbul.
Namun, apabila aku berada di dalam keretanya pada 23 Januari lalu dengan disambut lagu-lagu nasyid yang berkumandang, suatu perasaan menyelinap ke dalam jiwa.
Perasaan rindu?
Harapan?
Antara rindu dan harapan?
Ada juga perasaan lelah.
Ada juga perasaan bimbang.
Entah.
Berada dalam kereta Kak Fatin, bersama Kak Fatin dengan diiringi lagu-lagu nasyid itu menyeru 'jiwa perjuangan zaman lalu'.
Aku sebenarnya tidak tahu dan tidak faham maksud 'perjuangan' kerana setelah melalui fasa itu, aku harus akui bahawa aku tidak tahu dan aku tidak mampu sebenarnya untuk memikul amanah itu.
Entah.
Cuma perasaan yang kian lama hilang telah menyinggah nurani ini.
Hanya Tuhan yang tahu rahsia dan hikmah aku mengenali dan merapati Kak Fatin dan seterusnya dia telah memperkenalkan aku kepada kehidupan dan kefahaman yang .................unik.
Hanya kepadaMu aku berserah, wahai Tuhan.
Aku tak tahu.
Aku tak mampu.
Namun aku harus akui, rindu itu seolah-olah terubat sedangkan aku sendiri tidak menyedari bahawa aku merindui.
"Cahaya....
Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini
Kepada Nur Muhammad
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini
Kepada Nur Muhammad
Cahaya penghubung hati dengan Allah"
No comments:
Post a Comment