ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Tuesday, January 11, 2011
Nak Citer Ni: Piza paling enak, lazat dan sedap dalam hidup
Inilah piza paling enak, lazat dan sedap yang pernah aku makan sepanjang hidup aku. Nama piza ini ialah Christmas Special Cheesy 7 Pizza. Aduhai Aduhai. Enak, lazat, sedap! NIKMAT SUNGGUH!
Tapi seperti biasa, aku tak kuat makan. 2 keping dah mencukupi buat masa tu. Setibanya aku di KL pada hari Sabtu 1 Januari 2011, aku ke Mid Valley keesokan harinya untuk mencari piza ni di Pizza Hut. Huhuhuhu. Sayang seribu kali sayang, tak ada piza ni dalam menu mereka.
Keenakan, kelazatan dan kesedapan Christmas Special Cheesy 7 Pizza ni tak dapat aku gambarkan kerana kosa kata aku amat terhad. 'Enak', 'sedap' dan 'lazat'. Itu je yang mampu aku gunakan. Ahakz. Tapi percayalah, memang piza ni paling enak, sedap dan lazat yang pernah aku makan sepanjang hidup aku sejauh ni. Aduhai Aduhai. Kalau masih tak yakin, kena makan piza ni. Pasti akan terasa seolah-olah inilah makna piza yang sebenar.
Piza ni pun hanya dipromosikan di Pizza Hut sempena perayaan Christmas. Bererti, piza ni takkan ada dalam menu lagi. Kira beruntunglah aku dapat makan piza seenak, sesedap dan selazat ni. Tapi aku nak orang lain rasa jugak piza ni. Pasti akan tersenyum dan berpuas hati.
Kalau piza ni masih ada dalam menu Pizza Hut, rombongan ke Singapura untuk makan piza ni harus segera dilaksanakan. Ahakz. Apa kata aku taip emel maklumbalas kat Pizza Hut Singapore untuk yakinkan mereka bahawa piza ni seharusnya diteruskan adanya dalam menu mereka sehari-hari. Why not?
Sekarang ni, aku hanya mampu untuk cuba mengingati rasanya tetapi nikmat keenakan, kelazatan dan kesedapannya hanya sekali tu je. Piza ni telah aku nikmati di Pizza Hut Jurong Point pada malam tahun baharu iaitu pada hari Jumaat 31 Disember 2010 setelah selesai urusan videocam aku di Challenger.
Nikmat! Aduhai Aduhai!
(Gambar bersumber dari http://www.foodspotting.com/reviews/257254)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment