ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Wednesday, May 23, 2012
Selagi termampu. Mampukah aku?
Betapa aku sedang tertekan sejak tadi.
Kini, aku masih berusaha menenangkan diri sendiri.
Selagi termampu, tidak akan aku izinkan air mataku ini daripada mengalir sedangkan adakalanya dengan mengalirkan air mata, perasaan tertekan akan reda.
Tidak!
Selagi termampu, aku akan menahan air mataku ini.
Biarlah sekadar bergenang air mataku ini.
Alah bisa tegal biasa.
Jika aku terlalu selalu membiasakan diri dengan mengalirkan air mata ketika berhadapan dengan ujian hidup, aku akan hanya melemahkan jiwaku sendiri sedangkan air mata ini lebih layak ditumpahkan ketika berbicara langsung kepada pencipta air mataku atas segala dosa-dosaku.
Selagi aku belum mampu mengalirkan air mata di hadapan pencipta air mataku, tahanlah dirimu dan tahanlah hatimu daripada menangis wahai Nuraini.
Bukan kerana aku mampu tetapi aku akan cuba selagi termampu.
Perlukah aku tertekan?
Maafkan aku wahai diri dan hati kepunyaan Nuraini kerana belum mampu memelihara diri dan menjaga hati daripada berasa tertekan.
Semoga ketenangan menggantikan ketegangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment