Namun apakan daya, aku telah berhasrat untuk melewatkan penghantaran tugasan ini kerana menunaikan hasrat yang terpendam sekian lama dan telah tertunda sejak minggu yang sudah.
Kini, Alhamdulillah, hasrat ke Kelantan telah tertunai pada 27 April 2012 iaitu Jumaat.
Kami bertolak dari Universiti Malaya sebelum jam 12 malam pada 26 April 2012 iaitu Khamis.
Program yang diberi nama Kembara Kelantan oleh pengurus yang memiliki aura yang tenang serta baik budi apatah lagi bertanggung jawab iaitu Abu Bakar telah terlaksana pada 26 April 2012 hingga 29 April 2012.
Abu Bakar telah mengurus penyewaan tempat tinggal kami iaitu sebuah rumah tamu yang terletak di Bachok.
Pengurusku yang teguh pendirian, tegas peribadi dan tegar semangat iaitu Sarah Najwa pula mengurus penyewaan kereta Alza dan kereta Viva untuk kami.
Barangkali di pos yang lain, kenangan di Kelantan akan dirakamkan.
Buat kali ini, sekadar menyatakan bahawa aku tidak menepati tarikh penghantaran tugasan dan hingga ke detik ini, masih mengusahakan tugasan ini.
Tugasan Sosiolinguistik ini boleh dikatakan menarik kerana aku perlu menganalisis 5 lirik lagu.
Sejauh ini, aku telah mengusahakan 4 lirik lagu iaitu lirik lagu Mengapa Dirindu, Pandang-Pandang Jeling-Jeling, Rumah Kecil Tiang Seribu dan Merindu Kepastian.
Ketiga-tiga lagu yang kupilih iaitu Mengapa Dirindu, Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Rumah Kecil Tiang Seribu mengandungi pantun Melayu lama yang indah.
Manakala Merindu Kepastian pula merupakan lagu mendayu-dayu yang penuh estetika kerana mengandungi metafora.
Inginku berkongsi tulisanku tentang lagu pertama pilihanku iaitu Mengapa Dirindu yang kukenal sejak kecil dan telah kujatuh cinta kepadanya sejak itu.
Pada waktu itu, kudengar lagu ini melalui kaset yang ibuku beli.
Kaset itu dibintangi oleh Abdullah Chik dan Noraniza Idris.
Konsep lagu yang didendangkan adalah lagu Melayu lama.
Satu-satunya lagu yang aku suka ialah Mengapa Dirindu.... dahulu, kini dan selamanya.
Perkongsianku yang sekelumit ini adalah seperti berikut dan insyaAllah, jika selesai sudah tugasanku, akan kukongsi intipati yang terkandung dalam penganalisisanku:
Analisis Lirik Lagu Mengapa Dirindu
Lirik lagu Mengapa Dirindu telah dinyanyikan oleh biduanita Saloma atau
nama sebenarnya Salmah Ismail. Lagu yang cukup popular ini kemudian dinyanyikan
semula oleh beberapa orang penyanyi lain seperti Uji Rashid, Noraniza Idris dan
Syura. Lirik lagu ini terdiri daripada tujuh stanza yang tidak terikat atau
tidak tetap. Stanza pertama, kedua, keempat dan kelima terbina daripada lima
baris kata-kata dalam setiap stanza. Namun, keempat-empat stanza yang tersebut sebenarnya
adalah pantun empat kerat.
No comments:
Post a Comment