Wednesday, May 16, 2012

Buku, Rak Buku dan Bilik Bacaan

'Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.'

Begitulah kata-kata hikmah yang tertera di kulit buku Mukmin Profesional tulisan Pahrol Mohd Juoi.

Pahrol Mohd Juoi merupakan salah seorang penulis yang hasil tulisannya dekat di hati.

'Buku' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat pada halaman 216 didefinisikan sebagai helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis.

Di mana harus buku diletakkan?

Tentulah di rak-rak buku atau di dalam almari.

Namun, Kamus Dewan Edisi Keempat pada halaman 1272 merakamkan definisi rak dan bukan rak-rak.

Rak didefinisikan sebagai sejenis para-para daripada kayu atau logam untuk meletakkan pinggan mangkuk, buku, dan lain-lain manakala rak buku pula didefinisikan sebagai para atau tempat meletakkan buku.

Lantas, penggunaan frasa 'rak buku' sahaja sudah memadai.

Tidak perlu menggandakan perkataan 'rak' menjadi 'rak-rak'.

Berikut merupakan gambar rak buku-rak buku yang telah menarik perhatianku.


Alangkah seronok andai punya bilik khas untuk membaca.

Namun, jika terlalu selesa berada dalam bilik itu, barangkali aku akan terlena ketika membaca.



Rak buku berkonsepkan alam iaitu dahan pokok yang bercabang-cabang.

Kreatif.


Konsep rak buku yang berkonsepkan alam iaitu dahan pokok bercabang-cabang ini aku cita-citakan andai aku mempunyai rumah sendiri.

InsyaAllah, perlu ada bilik khas untuk buku disusun dan dibaca.


Ruang kosong dalam rak buku ini tersedia untuk pembaca duduk dengan kaki melunjur.

Kreatif.


Rak buku ini ringkas tetapi kreatif juga kerana membentuk perkataan 'READ'.

Boleh diMelayukan dengan perkataan 'BACA' atau diArabkan dengan perkataan 'IQRA'.

:)

Buku.

Rak buku.

Bilik bacaan.

Impianku.

2 comments:

  1. rak buku yang bentuk pokok tu memang lawa..malah boleh jadi satu dekorasi, hiasan bilik.

    ReplyDelete
  2. Edi Farid: Menarik dan cantik. Hiasan bilik yang tetap mempunyai fungsi iaitu sebagai tempat susun buku. Terima kasih Edi kerana sudi singgah blog, baca pos dan komen untuk memberi pandangan. :)

    ReplyDelete